Renungi Cerita Ustaz di dalam Tazkirah Magrib Tentang Keistimewaan Istiqfar mengenai Kisah Imam Ahmad Hambal dengan Si Pembuat Roti.
Pada suatu ketika Seorang Tua yang wajahnya berseri-seri hendah menumpang tidur di sebuah masjid tetapi tidak di benarkan oleh Siak/Penjaga masjid. Ketika itu lalu seorang Pembuat Roti dan melihat akan hal seorang tua yang wajah berseri-seri & Siak itu. Si Pembuat Roti mempelawa Orang Tua itu untuk bermalam di rumahnya.
Setelah di jamu makan & berbual panjang Si Pembuat roti memohon diri daripada Orang Tua itu untuk beliau menjalankan urusannya menguli tepung membuat roti. Orang Tua terpegun melihat Si Pembuat roti itu menguli tepung sambil bibirnya terus beristiqfar sehinggalah selesai kerja beliau.
Esok paginya Orang Tua itu bertanya kepada Si Pembuat roti tentang hal yang di lihatnya semalam. Kata Si Pembuat Roti, "Saya tidak pernah tinggal beristiqfar untuk membersihkan dosa-dosa saya, apatah lagi ketika membuat roti untuk dijual agar diberkati Allah". Orang Tua itu bertanya, "Ada tak apa-apa perkara atau kehendak kamu yang engkau belum dapat? Si pembuat Roti menjawab, "Allah telah kurniakan kepadaku semua yang aku pohon padaNya kecuali satu sahaja lagi". Tanya Orang Tua itu lagi, "Apa kah yang belum diperolehi itu?" Jawab Si Pembuat Roti, "Aku memang sangat-sangat berhajat untuk bertemu, bersemuka & berbual dengan Imam Ahmad". Orang Tua itu menjawab: "Akulah Imam Ahmad".
Hunting for Giant Snakehead in Royal Belum
Cerita di atas adalah mengenai kelebihan Beristiqfar iaitu memohon keampunan dari Allah Serta kelebihan Bersedekah.
Dengan Beristigfar/Bersedekah dapat mensucikan hati, mencegah turunnya azab, ditunaikan hajat, dapat mendatangkan rezeki, isteri/suami menjadi tenang, mendapat zuriat, menyembuhkan penyakit, turunnya hujan, menyebabkan seseorang masuk syurga
Renungi dan Hayati Firman Allah dalam Surah Nuh ayat 10-13
Ayat 10: Maka aku berkata (kepada mereka), "Mohonlah ampunan kapada Tuhanmu, sungguh Dia Maha Pengampun.
Ayat 11: Nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu.
Ayat 12: Dan Dia memperbanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu.
Ayat 13: Mengapa kamu tidak takut akan kebesaran Allah?"
Terima Kasih USTAZ...