THE SCHOOL OF RAMADHAN is a school of humility, generosity, gift and service. May this MONTH be a SCHOOL for the ELEVEN months to come: to ponder over the MEANING OF OUR LIVES
RENUNGAN buat PANDUAN
Untuk
.........................................................................................................................................
RENUNGAN buat PANDUAN
Untuk
Sahabat-Sahabat Seperjuangan di Tasik Temenggor & Taman Negeri Royal Belum
Mrs Mie.... BBQ untuk Peserta "Team Building" di Pulau Tali Kail, Tasik Temengor. Dah biasa... kalau ada program, makan mesti mewah... kalau tak, complain habis... walaupun program tu team building@bina semangat@motivasi dll
"Dah lama tak makan Ikan Baung Masak.............!!!!.............PINDANG"
"Dah lama tak makan Ikan Baung Masak.............!!!!.............PINDANG"
RAMADHAN bukan Bulan PESTA MAKANAN tetapi PERMULAAN kepada PESTA IBADAH SEBELAS BULAN berikutnya...........
Firman Allah Ta'ala
Wahai orang-orang yang beriman! Telah di wajibkan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana telah di wajibkan ke atas umat sebelum kamu, moga-moga kamu bertaqwa (al-Baqarah:183)
Kalau di Bulan Ramadhan... bawa group macam ni oklah kot.....mereka memang tak diwajibkan berpuasa
tapi kalau group macam ni tak taulah...InsyaAllah berpuasa juga
Kawan-kawan...no excuse untuk tidak berpuasa kecuali yang benar-benar uzur. Kalau dah boleh trek sampai Kuala Ketir...Sanghor...Kebeng...bermakna no problem untuk berpuasa. Kalau yang tak berpuasa tu bukan apa......memang tak mau puasa.
PUASA RAMADHAN ITU MILIK ALLAH
Ada Umat Islam yang tak solat tapi tetap berpuasa dan menjaga sungguh-sungguh akan syarat-syarat berpuasa dan meraikan puasa dengan menjamu selera sepuasnya semasa berbuka & selepas berbuka bersembang panjang....tak teringat langsung akan solat magrib. Ada yang tak solat dan juga tak berpuasa tetapi malu untuk makan dikhalayak ramai...makan di rumah sahaja atau menyorok-nyorok.
PUASA RAMADHAN ITU MILIK ALLAH
PUASA RAMADHAN ITU MILIK ALLAH
Ada Umat Islam yang tak solat tapi tetap berpuasa dan menjaga sungguh-sungguh akan syarat-syarat berpuasa dan meraikan puasa dengan menjamu selera sepuasnya semasa berbuka & selepas berbuka bersembang panjang....tak teringat langsung akan solat magrib. Ada yang tak solat dan juga tak berpuasa tetapi malu untuk makan dikhalayak ramai...makan di rumah sahaja atau menyorok-nyorok.
PUASA RAMADHAN ITU MILIK ALLAH
Mengenai kelebihan Bulan Ramadhan, Rasulullah SAW telah bersabda bermaksud:
"Bulan Ramadhan ke bulan Ramadhan, dan hari Jumaat ke hari Jumaat, dan satu sembahyang ke sembahyang yang lain menjadi penebus dosa di antara keduanya, selama di jauhi segala dosa besar."
Bersabda Rasulullah SAW mengenai Bulan Ramadhan, bermaksud:
"Bulan Ramadhan itu ialah bulan kesabaran, dan ganjaran kesabaran ialah masuk syurga."
Sabdanya lagi, Bermaksud:
Mulanya (Bulan Ramadhan) Rahmat, tengahnya Pengampunan, dan akhirnya Merdeka dari api- Neraka.:
Adap-Adap Ketika Berpuasa
Hikmat-Hikmat Puasa
Kepada semua kenalan terutama rakan-rakan seperjuangan di Tasik Temenggor/Royal Belum, diucapkan SELAMAT BERPUASA. Mohon ampun dan maaf, semoga Puasa kita di terima Allah. INSYAALLAH
RUJUKAN
Kitab NASIHAT AGAMA DAN WASIAT IMAN oleh Imam Habib Abdullah Haddad
&
PASTIKAN PUASA ANDA MENGIKUT SYARAK oleh Ustaz Safwan Fathy
Adap-Adap Ketika Berpuasa
1. Jangan banyak berludah.
2. Jangan membuang masa dengan berbual-bual kosong, main terup, main dam dan sebagainya.
3. Menghindarkan diri daripada melihat perkara-perkara yang haram.
4. Menjauhkan diri dari sebarang pendengaran yang haram.
5. Jangan mengeluarkan perkataan-perkataan yang mencarut atau kotor.
6. Menguasai tangan dari melakukan perbuatan haram dan menahan kaki dari berjalan ke tempat-tempat maksiat .
7. Jangan berlebih-lebihan makan minum ketika berbuka.
8. Jangan boros dalam perbelanjaan makan minum dan sebagainya.
9. Jangan banyak tidur, terutamanya waktu siang hari.
Perkara-Perkara Yang Mengharuskan Berbuka
1. Kedatangan haid atau nifas (wajib berbuka)
2. Sakit yang membahayakan.
3. Sakit yang tiada harapan sembuhnya.
4. Tersangat lapar atau dahaga yang membahayakan--mencemaskan.
5. Dalam perjalanan (safar) sejauh dua marhalah (kira-kira 60 batu) atau lebih.
6. Tua yang tidak kuasa (daya) berpuasa.
7. Kandungan dalam perut bagi perempuan.
8. Menyusukan anak kecil
Hikmat-Hikmat Puasa
1. Menandakan kesyukuran kepada Allah kerana nikmat-nikmat yang banyak kepada hamba-hambanya.
2. Melatih jiwa supaya mempunyai rasa kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita.
3. Melatih jiwa supaya bersih daripada sifat-sifat tamak, sombong, hasad dengki.
4. Melatih diri supaya bersifat sabar dan tahan menempuh ujian-ujian dalam perjuangan hidup.
5. Menanam semangat perpaduan kerana sama-sama menunaikan kewajipan yang sama itu dapat menimbulkan semangat perpaduan.
6. Menenam semangat sama-rata dan menjauhkan sifat beza membeza di antara kaya miskin, hina mulia, raja dan rakyat kerana sama-sama menjunjung perintah Allah.
7. Melatih diri supaya mempunyai peraturan-peraturan dan menghargai masa, kerana puasa mempunyai batas-batas waktu yang tertentu.
8. Membersihkan anggota-anggota di dalam tubuh dari daki-daki dan lemak-lemak makanan yang bekerja sepanjang tahun.
9. Memberi kerihatan kepada alat-alat di dalam tubuh terutama alat pengisar makanan yang bekerja sepanjang tahun.
10. Memberi peluang untuk memperbanyakkan amal ibadat, kerana bulan Ramadhan mempunyai keistimewaan-keistimewaan yang tidak ada pada bulan-bulan lain seperti Lailatul-Qadar dan sembahyang Taraweh.
9. Memberi kerihatan kepada alat-alat di dalam tubuh terutama alat pengisar makanan yang bekerja sepanjang tahun.
10. Memberi peluang untuk memperbanyakkan amal ibadat, kerana bulan Ramadhan mempunyai keistimewaan-keistimewaan yang tidak ada pada bulan-bulan lain seperti Lailatul-Qadar dan sembahyang Taraweh.
RUJUKAN
Kitab NASIHAT AGAMA DAN WASIAT IMAN oleh Imam Habib Abdullah Haddad
&
PASTIKAN PUASA ANDA MENGIKUT SYARAK oleh Ustaz Safwan Fathy