Wednesday, October 17, 2012

Royal Belum: My Friend's Wedding


 Kooi Waterfalls

Ustaz Jamal Maulana Habib from the Phillipines got married to a Malaysian in Shah Alam.  He is my close friend when I was in Subang Perdana.  A Hafiz & our Imam at Surau Nurul Solihin. Happy forever ustaz.....with many kids....INSYAALLAH




.........................................................................................................................................

RENUNGAN buat PANDUAN

8 Kehebatan yang di bangunkan oleh Nabi Muhammad SAW untuk bangunkan kehebatan Islam

1.    Pemimpin yang hebat.  Hebat pemimpin, hebat rakyat, hebat negara & hebat Islam
2.  Para Petugas Islam Yang Hebat.  Petugas-petugas Islam yang boleh buat kerja, rajin & bekerja  untuk Islam.
3.   Ulamak Yang Hebat memberi ilmu & nasihat
4.   Mujahid@Pejuang Islam Yang Hebat.
5.   Hartawan Yang Dermawan.
6. Rahim Perempuan Yang Solehah.  Bangga dapat lahirkan anak-anak yang soleh & solehah.
7.   Daie@Pendakwah yang Hebat yang akan menyebarkan agama Allah
8.   Doa Orang-orang yang Soleh 
Kita mesti jadi orang yang HEBAT tapi jangan lupa bahawa kita adalah HAMBA ALLAH

Terima Kasih Ustaz Sapidin
 ........................................................................................................................................

10 HARI AWAL di BULAN ZULHIJJAH & Ibadat QURBAN

Jangan lepaskan peluang yang diKurniakan Allah iaitu 700 kelebihan bagi setiap Amalan Baik dan Ibadah yang dilakukan pada 10 hari di awal Bulan Zulhijjah.

 Binatang Qurban yang Paling Afdal untuk di Qurbankan ialah yang Jantan dan yang Paling Berharga DAN waktu yang terbaik untuk melaksanakannya ialah Selepas Solat Sunat Eidul Adha.  
Boleh laksanakan ibadat Qurban untuk yang telah meninggal dunia jika telah di wasiatkan oleh Arwah.

Terima Kasih Ustaz Roslan Mohamad & Dr. Zulkifli al-Bakri
 

Monday, October 1, 2012

Royal Belum: Hanya Terima Pengunjung Berdisiplin@Beriman

 Kebersihan adalah sebahagian daripada Iman. Sungai Perak yang bersih, menyegarkan dan mendamaikan
 
 Royal Belum hanya terima pengunjung yang berdisiplin@beriman

 Tapak Perkhemahan yang bersih....menyamankan, menyegarkan dan selesa


Pengunjung ke Royal Belum jangan jadi macam pengunjung ke Nilai 3.  Alahai...sampah di sekeliling tong kosong kerana nak senang...nak cepat...nak mudah @ PENGOTOR.  Kebersihan adalah sebahagian daripada Iman maka tidak sempurnalah Iman mereka atau merekalah orang-orang yang tidak bersdisiplin@tidak beriman kerana tidak menjaga kebersihan.  Mereka mengharapkan orang lain yang akan bersihkan kerana Nilai 3 tempat tumpuan ramai tentunya ada tukang sapu...tukang bersih.
Sampah-sampah yang telah lama di buang.  Ada tukang sapukah?
Pesanan Untuk Pengunjung ke Royal Belum....semoga anda semua tidak berjalan@trek dalam sampah.  Jaga kebersihan bererti jaga Iman.

.........................................................................................................................................

RENUNGAN buat PANDUAN

Daripada Abi Malik al-Harith bin Asim al-Asyari r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

KEBERSIHAN itu sebahagian daripada Iman, ALHAMDULILLAH memberatkan timbangan, SUBHANALLAH dan ALHAMDULILLAH, kedua-duanya memenuhi ruang di antara langit dan bumi.  SOLAT itu adalah Nur, SEDEKAH itu adalah bukti, SABAR itu adalah Sinaran dan AL-QURAN itu adalah Hujjah (untuk membela atau menentang).  Setiap manusia bekerja; maka ada yang menjual dirinya dan ada yang membebaskan dirinya dengan bekerja keras untuk Keselamatan atau Kecelakaan.

Riwayat Muslim dan al-Tarmizi

Petikan daripada kitab Hadith 40 Imam Nawawi