Tuesday, December 10, 2013

Royal Belum: Holiday with Nature In Temenggor


Good Morning..... Breakfast is a must before You Trek

Thank You Mark@All Points East AND tq Mie & Man

............................................................................................................................

RENUNGAN Buat PANDUAN

Katakanlah (Muhammad), Sesungguhnya tidak ada sesuatupun yang dapat melindungiku dari (azab) Allah dan aku tidak akan memperoleh tempat berlindung selain dari NYA
(Al-Jinn Ayat 2)

(Aku Hanya) menyampaikan (peringatan) dari Allah dan RisalahNya. Dan barang siapa menderhakai Allah dan  RasulNya maka sesungguhnya dia akan mendapat (azab) Neraka Jahanam, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.
(Al-Jinn Ayat 23)

1.  Syaitan musuh kita buat selama lamanya.
2.  Jauhilah jalan yang tidak membawa kita kepada Allah.
3.  Yang lemah mesti bergantung kepada yang kuat,  hanya Allah yang maha kuat.  Berlindung dan bergntunglah  dengan Allah iaitu berlindung dengan hukum-hukum Allah
4.  Balasan di neraka terlalu lama, seolah-olah selama-lamanya.
5.  Insan tidak sepatutnya terjerumus dalam maksiat dengan ada ilmu.
6.  Jika buat maksiat, bimbang akan menjadi lazat kepada maksiat.
7.  Mesti berusaha untuk lazat kepada ibadat.
8.  Jika tersesat perlu cepat-cepat bertaubat.
9.  Insan hanya akan selamat kerana takut balasan Allah.

Terima Kasih... Dr Harun Din

Saturday, October 26, 2013

Keselamatan & Kebahagian Sejati

Keselamatan dan Kebahagian di Dunia & Akhirat Adalah Impian Kita Semua

Selamat di Dunia JIKA:
1.   Mencari Ilmu Yang Bermanfaat.
2.   Beramal dengan Ilmu Yang kita Perolehi.
3.   Makan Rezeki yang Halal.
4.   Bersyukur di atas Segala Nikmat yang diPerolehi.
5.   Sabar Dalam Kesusahan.

Selamat di Akhirat JIKA:
1.  Malaikat Cabut Nyawa Kita dengan Lemah Lembut.
2.  Tidak Gerun Menjawab Soalan Malaikat.
3.  Tenang di Padang Mahsyar kerana Amal yang Cukup.
4.  Segala Amal Taat diTerima Allah & Segala Kejahatan diPadam.
5.  Dapat Meniti Titian Sirat dengan Aman & Selamat.

Terima Kasih: Ustaz Ishak

Saturday, September 7, 2013

Jamuan Hari Raya 1434 MSSAAS










RENUNGAN Buat PANDUAN

.......Rezeki & Harta adalah Hak Allah......
1.     Kita berkehendakkan dunia tetapi dunia tidak brkehendakkan kita sehingga orang rebah   &   menjadi hamba dunia.
2.     Cintakan dunia & bencikan kematian akan menyebabkan lahir sifat tamak & kehinaan.
3.     Tamak akan membawa kepada kehinaan.
4.     Orang yang tamak dengan kebendaan dunia akan menghinakan dirinya di hadapan manusia.
5.     Tempatkan dunia dalam tangan@gengaman jangan diletakkan ke dalam hati.

"Jika hasil yang HALAL Ambillah seberapa banyak yang boleh tapi jika yang    HARAM, Jangan di ambil walau sedikit sekalipun"

Terima Kasih.... Ustaz Zulkifli
 

Friday, August 9, 2013

Colours Of Eidul Fitri In MSSAAS




After the Eid 1434 Prayer










RENUNGAN Buat PANDUAN

Untuk Dapatkan Berkat:
1.     Baca Al-Quran.
2.     Berdoa.
3.     Tidak Bersifat Bakhil ... Bersifat Pemurah.....Bersedekah.
4.     Bercakap Benar & Amanah.
5.     Bekerja di Awal Pagi...Jangan Lewatkan Kerja.
6.     Makan Secara Berjamaah...Mula Dengan Bismillah.
7.     Bertawakkal Kepada Allah...Serahkan Hidup Kepada Allah.    

Dan sekiranya penduduk negeri beriman dan bertaqwa, pasti kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi tetapi ternyata mereka mendustakan (ayat-ayat Kami), maka kami siksa mereka dengan apa yang telah mereka kerjakan.   Surah Al-A'raf Ayat 96 

Terima Kasih:  Ustaz Roslan










Tuesday, July 23, 2013

Ramadhan al-Mubaraq

Pada Ramadhan Masjid-Masjid & Surau-Surau menjadi tumpuan.  InsyaAllah Tarbiah Ramadhan akan berterusan & berkekalan pada bulan-bulan berikutnya


Tidak wajib berpuasa.....tapi elok di perkenalkan Ramadhan kepada mereka

Sunday, June 16, 2013

Royal Belum & Temengor Lake?


 OOOO  not Temengor Lake, its Tanjong Harapan in Port Kelang
 
 My Grand kids enjoying the scene under the hot sun.
............................................................................................................

RENUNGAN Buat PANDUAN
 
 
Sifat-Sifat Seorang Muslim
1.   Waraq dari Melakukan Perkara-Perkara Syubhah.
2.   Menundukkan Pandangan
3.   Memelihara lidah
4.   Malu
5.   Lemah Lembut & Sabar
6.   Bersifat Benar & Jujur
7.   Tawadduq
8.   Menjauhi Perbuatan sangka buruk, mengumpat, menjejak keburukan orang lain.
9.   Pemurah
10, Qudwah Hasannah
 
Terima Kasih..... Ust Nik Bakri
  
 

Sunday, May 12, 2013

Royal Belum: Pls..Don't Forget Us


Belum-Temengor dapat Adun Baru.  Harap YB baru jangan lupa Royal Belum & Tasik Temengor.    Adun lama dah jadi MP.  InsyaAllah .... Royal Belum & Tasik Temengor ada dalam perancangan.  Teringat berkelah bersama YB Adun Lama di Kem Kuala Tiang dlm program kutip sampah terapong anjuran Persatuan Pengusaha Pelancongan Tasik Temengor (PPPTT)

Perak bakal mendapat Exco Pelancongan baru.  Harap YB tak lupa Royal Belum & Tasik Temengor.  Di sini ada Persatuan khusus untuk Pengusaha Pelancongan di Royal Belum & Tasik Temengor yang di anggotai oleh pengusaha kecil pelancongan ie pengusaha bot, boatman, caterer & tukang masak, porter, jurupandu dan mereka yang terlibat secara aktif dlm aktiviti pelancongan.  Dengan tertubuhnya Perbadanan Taman Negeri Perak & Taman Negeri Royal Belum di Gazetkan telah memberi cahaya dan semangat kepada mereka kerana telah ada yang dapat membantu.....setelah sekian lama mereka di abaikan & telah berusaha sendiri untuk memajukan industri pelancongan di sini. Harap Exco baru dapat meluangkan masa menjengok Belum-Temengor.

KENANGAN
Sesuatu yang membanggakan kami  di PPPTT kerana mendapat kunjunganYB Osman Jailu  Exco Pelancongan (2008-09). Kami sedaya upaya mempersembahkan kepada beliau sebahagian aktiviti yang kami berikan kepada para pelancong......Beliau berkhemah, memancing (tak dpt ikan pun), ke air Terjun, trekking (tak ada masalah bagi YB... almaklum...ex-service macam saya), water confident, berakit (YB tunjuk skill berenang..kejar rakit), night walk dan yang tak dpt dilupakan makan....cokkodok keras.... dalam hutan semuanya ok... Yang tak sedapnya depa berKaraoke...sesuatu yang tidak mudah 'Nature Guide' nak layan.

HARAPAN
Moga-moga Exco Pelancongan baru tidak lupakan Belum-Temengor.  Nak tahu Royal Belum, kena datang naik bot, mesti kenal sekurang-kurangnya Sg. Kejar, Sg. Tiang, Kenarong, Kooi, Sg. Ruok & Sanctuari ikan, Bunga Rafflesia (Pakma), berbagai jenis kumbang & cendawan, Pokok Depu, Sira@Jenut,  tengok bintang biru dalam air (nak tahu... kena night walk), Burung Rakit... BUKAN setakat jengok Jeti Banding sahaja. Saya pasti Jawatankuasa & semua ahli PPPTT akan bersemangat melayan YB sepertimana bersemangatnya PPPTT semasa menjadi host Kepada YAB Datuk Seri Zambri, Menteri Besar Perak dalam lawatan beliau ke Royal Belum.

...................................................................................................................

RENUNGAN Buat PANDUAN

Khusus Buat Pemimpin Kerana Mereka ADA AMANAH & TANGGONGJAWAB
HINGGA ke AKHIRAT.

 
Allah Berfirman,   (Yaitu) ketika orang-orang yang diIkuti berlepas tangan dari orang-orang yang Mengikuti, dan mereka melihat azab, dan (ketika) segala hubungan antara mereka terputus.
 
Dan Orang-orang yang Mengikuti berkata, "Sekiranya kami mendapat kesempatan (kembali ke dunia), tentu kami akan berlepas tangan dari mereka, sebagaimana mereka berlepas tangan dari kami."  Demikian Allah memperlihatkan kepada mereka perbuatan mereka yang menjadi penyesalan mereka.  Dan mereka tidak akan keluar dari api Nereka.
Al Baqarah Ayat  166-167
 
An Nisa Ayat 139 & 144.  (yaitu) orang-orang yang menjadikan orang-orang kafir sebagai pemimpin dengan meninggalkan orang-orang mukmin.  Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? ketahuilah bahawa semua kekuatan itu milik Allah.
 
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan orang-orang kafir sebagai pemimpin selain dari orang-orang mukmin.  Apakah kamu ingin memberi alasan yang jelas bagi Allah (untuk menghukummu)
 
 
Allah Berfirman dalam Surah AlMaidah Ayat 57.  Wahai Orang-Orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan pemimpinmu orang-orang yang membuat agamamu jadi bahan ejekan dan permainan, (yaitu) di antara orang-orang yang telah diberi kitab sebelummu dan orang-orang kafir (orang musyrik).  Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu orang-orang beriman.
 
Allah Berfirman lagi, Dan mereka semua di Padang Mahsyar berkumpul untuk menghadap kehadirat Allah, lalu orang yang Lemah berkata kepada yang Sombong, "Sesungguhnya kami dahulu adalah pengikut-pengikutmu, maka dapatkah kamu menghindarkan kami dan azab Allah (walaupun) sedikit sahaja? Mereka menjawab, "Sekiranya Allah memberi petunjuk kepada kami, nescaya kami dapat memberi petunjuk kepadamu.  Sama saja bagi kita, apakah kita mengeluh atau bersabar.  Kita tidak mempunyai tempat untuk melarikan diri.
.....Ibrahim Ayat 21



Allah Berfirman lagi.   (Ingatlah), pada hari (ketika) kami panggil setiap umat dengan pemimpinnya; dan barang siapa diberi catatan amalnya di tangan kanannya, mereka akan membaca catatan (dengan baik), dan mereka tidak akan dirugikan sedikit pun.
Al Israq Ayat 71
 
Dan Allah Berfirman dalam Surah Al-Ahzab Ayat 66-68.  Pada Hari (ketika) wajah mereka di bolak-balikkan dalam neraka, mereka berkata, "Wahai, kiranya dahulu kami taat kepada Allah dan Taat pula kepada Rasul."

Dan mereka berkata, "Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati para pemimpin dan para pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar."

Ya Tuhan Kami, timpakanlah kepada mereka azab dua kali ganda dan laknatlah mereka dengan laknat yang besar.
 
 
Terima Kasih.... Ustaz Shihabuddin





Friday, April 19, 2013

Royal Belum: Taman Negeri OR Hutan Simpan

Masih tidak tahu atau tidak faham apa itu Hutan Simpan, Hutan Simpan Kekal, Taman Negara atau Taman Negeri?  Mana satu yang boleh di tebang pokok2nya? Atau yang mana satu hutannya benar2 di simpan dan di kekalkan?

Lihat Laporan Sinar Harian Edisi Perak bertarikh 21 Feb 2013 (Khamis) mengenai "Royal Belum World drums Festival" yang di anjurkan oleh Tourism Perak.  Laporan tersebut jelas menyebut Royal Belum sebagai Hutan Simpan bukannya Taman Negeri.  Kalau Hutan Simpan bermakna Meranti, Merbau dll pohon yang menjadi idaman pembalak bila2 masa sahaja boleh di tebang & digondolkan.

Royal Belum telah di Gazetkan sebagai Taman Negeri bukannya Hutan Simpan.  Mohon jangan di tukarkan statusnya sepertimana dengan bangganya mereka menukar Tasik Temenggor kepada Tasik Banding.....konon lebih popular.  Pls Check.....

 


................................................................................................................


RENUNGAN Buat PANDUAN


Semua Mesti Ingat Bahawa:..............

Kita selalu & boleh mandi sendiri tapi ingat bahawa satu hari kita akan di mandikan,

Kita selalu & boleh pakai baju sendiri tapi ingat satu hari kita akan di pakaikan baju.

Kita sentiasa berjalan dan boleh berjalan ke Masjid tapi ingat bahawa satu hari kita akan di usung ke masjid.

Kita solat berjamaah di belakang iman tapi ingat satu hari kita akan di hadapan Imam & disembahyangkan.

Terima Kasih........ Ustaz Firdaus




Thursday, March 14, 2013

Royal Belum : PPPTT & Khutbah Terakhir Rasulullah SAW

 Pada Mesyuaat Agong Kali Ke4, Persatuan Pengusaha Pelancongan Tasik Temenggor (PPPTT) telah memilih Jawatankuasa baru bagi sessi 2013/14.  InsyaAllah, dengan keiklasan, kegigihan & kesungguhan, semua urusan di permudahkan Allah.

....................................................................................................................................


Renungan Untuk Semua.

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W
Tarikh: 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah, Bertempat di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan.  Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan semua selepas tahun ini.  Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.  Kembalikan harta yang di amanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.  Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.  Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.  ALLAH telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.  Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas Isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.  Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.  Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah lemah dan pembantu kamu yang setia.  Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan Zina.

Wahai Manusia. dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah ALLAH, dirikanlah sembahyang  lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu.  Kerjakanlah 'Ibadah Haji' sekiranya kamu mampu.  Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain.  Kamu semua adalah sama, tidak seorangpun yang lebih mulia dari yang lain kecuali dalam Takwa dan Beramal Soleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap ALLAH pada suatu hari nanti untuk dipertanggongjawabkan di atas segala apa yang kamu kerjakan.  Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.  Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.  Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.  Itulah ALQURAN dan SUNNAHku

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain.  Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.  Saksikanlah Ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan RisalahMU kepada Hamba-HambaMU.

Intisari:
1.   Larangan membunuh jiwa dan mengambil harta orang lain tanpa alasan yang hak.
2.   Kewajipan meninggalkan tradisi dan amalan jahiliyah; pembunuhan dan riba.
3.   Berwaspada dengan gangguan syaitan dan kewajipan menjaga agama.
4.   Larangan mengharamkan apa yang dihalalkan dan sebaliknya.
5.   Kewajipan memuliakan wanita (isteri).
6.   Kewajipan berpegang teguh kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
7. Kewajipan taat kepada pemimpin, siapa pun dia selama masih berpegang teguh kepada Al-Quran.
8.  Kewajipan berbuat baik kepada hamba sahaya.
9.   Umat Islam adalah bersaudara satu dengan yang lain.
10. Kewajipan menyampaikan khutbah Rasulullah SAW kepada yang lain. 

Terima Kasih Ustaz Roslan Mohamad & Surau Ar-Rahman



Wednesday, February 27, 2013

Royal Belum: For the Future


You can release fries to replace the fishes caught by naughty anglers BUT you cannot plant a Kerrii




.........................................................................................................................................
RENUNGAN Buat PANDUAN

Rasulullah S.A.W pernah Bersabda bermaksud:
"Sebaik-baik Zikir Ialah Yang di Rahsiakan (Dalam Batin), dan Sebaik-baik Rezeki Ialah Yang Mencukupi"

Firman Allah dalam Surah Al-A'raf Ayat 205,
"Berzikirlah (ingatlah) kepada Tuhanmu Dalam Hatimu dengan Rendah Hati dan Perasaan Takut"