Pusat Pemeriksaan
Tadi dapat berita dari sahabat di Banding memaklumkan bahawa caj permit masuk ke Royal Belum bagi pelancong Asing tak sama dengan warganegara Malaysia, no problem katanya sebab guest yang bayar. Di maklumkan juga bahawa jika nak sewa semua kem perlu dengan generator walaupun guest tidak mahu generator kerana inginkan suasana hutan yang sebenar terutama pelancong asing. Ini pun no problem sebab kalau kita sewa hotel pun kena bayar penuh. Nak pasang lampu sampai check-out pun ok tak mahu pasang lampu pun tak mengapa. Harga sama saja. No problem juga sebab orang kita sanggup pikul karaoke dalam hutan..... genarator sangat-sangat diperlukan..... *... tengok blogg Dato' A. Kadir Jassin....*
Berkhemah di Tepi Sungai Perak
Pelancong (kebanyakan pelancong asing) lebih suka dengan suasana hutan yang sebenar. Sebab itu mereka mahu berkhemah tanpa genarator. Di Royal Belum, boleh buat pilihan.....sewa kem (mesti ada generator) ATAU boleh berkhemah di hutan, tepi sungai, tepi tasik dengan bayaran RM2.00 seorang satu malam. Khemah sendiri.....No problem.
Tentu semua Guide, taukeh Resort, bos Challet, taukeh Houseboat, pemandu bot, malahan tok Batin di kampong (selalu tanya... depa tu Pelancong ke Orang Pejabat@tatak rayak?) tahu bahawa semua yang melawat, berkhemah, memancing dll ke Royal Belum adalah PELANCONG sama ada orang Gerik, Orang Perak, Orang Kedah, Orang KL@Wargnegara Malaysia, Orang Thailand, Orang Singapura, Orang Taiwan, Orang Jepun, Orang England, Orang Australia, Orang New Zealand, Orang German, Orang Belanda, Orang Sweden, Orang Hungary, Orang Poland, Orang Itali, Orang Greece, Orang Perancis, Orang Russia, Orang Oman, Orang Afrika Selatan, Orang US dll. Jadi.... Caj permit yang tak sama antara pelancong warganegara Malaysia dan asing dah jadi agak asing.
Adakah caj sewa bilik hotel, Challet, makanan, tambang bas, tambang teksi, sewa Houseboat, tambang bot, nasi goreng di Warong Puziah, Burger Mustapha, caj masuk tandas di Jeti Banding tak sama di antara pelancong tempatan dan asing? No problem kot sebab bukan kita yang bayar... mereka yang bayar. Tak tahulah jika di tempat lain harganya tak sama.....
Semoga Royal Belum tetap menjadi destinasi terbaik di Perak, Malaysia..INSYAALLAH
Pusat Pemeriksaan
..........................................................................................................................
RENUNGAN Buat PANDUAN
Saksi-Saksi Kita Semasa Perbicaraan Di Hari Akhirat.
1. Para Nabi. Bagi Kita, Nabi Muhammad SAW.
2. Anggota-Anggota Badan Kita.
3. Kulit Kita.
4. Bumi Tempat Kita Berpijak.
5. Hari-Hari Yang Kita Lalui.
6. Seruan Azan.
Terima Kasih Ustaz Ishak Nor
0 comments:
Post a Comment