Thursday, August 9, 2012

Royal Belum: Ramadhan Meal

 The Perak River

 Ramadhan does not mean to have special meals like The Ramadhan Buffet ....with 100s of choices.

 What about this?...the true Ramadhan Meal?
.................................................................................................................................
RENUNGAN buat PANDUAN
 
Bukti Puasa kita di terima dan ALLAH sayang pada kita adalah kesanggupan kita untuk solah berjamaah, membaca Al-Quran, solat sunat, berzikir di masjid sedangkan sahabat kita yang lain sedang sibuk dengan hal-hal dunia.

Kita tidak tahu amalan kita yang mana di terima ALLAH...Solat kitakah...Zakat kitakah...Puasa kitakah...Sedekah kitakah...Oleh itu buatlah semua amalan dengan ikhlas untuk mendapat Redho ALLAH

Terima kasih... IMAM SYEIKH ABDUL KARIM OMAR Al-FATANNI Al-MAKKI

JUMAAT, 21 RAMADHAN 1433@10 OGOS 2012
Dalam satu tazkirah Ramadhan.... Ustaz menasihati agar kita tidak perlu mempersoalkan berapa RAKAAT SOLAT TARAWEH yang dilakukan..LAPAN atau DUA PULUH....Apa yang penting lakukannya.  8 Rakaat ke...20 Rakaat ke.. semuanya bermatlamat untuk menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan ikhlas bagi mendapat Redho ALLAH,  HABUANNYA...itu hak ALLAH.  

Menurut Ustaz, beliau diberitahu oleh kawan-kawan bahawa jika sesebuah Masjid@Surau melakukan Solat Sunat Taraweh 20 Rakaat, ada satu perkara yang dilakukan oleh Jamaah 8 Rakaat (Bukan Semua) yang tak sepatutnya di amalkan...

IA..ITU
...... MENGHABISKAN JAMUAN MOREH...... kalau Mee Kari...Hanya tinggal Kari.... Kalau Kueh Mueh...Hanya tinggal yang kurang di gemari sahaja...Kalau Nasi Lemak...hanya tinggal nasi sahaja.  Jamaah 20 Rakaat perlu banyak-banyak bersabar.... minum air sajalah...itu pun kalau ada lebih.

SEBABNYA
JEMAAH 8 RAKAAT lebih RAMAI daripada JEMAAH 20 RAKAAT

Terima kasih..... USTAZ SHAHARUDDIN SHAMSUDDIN 


SABTU 22 RAMADHAN@11 Ogos 2012
Al-Quran diturunkan kepada kita secara sedikit demi sedikit dan perlahan-lahan bukan secara serentak dan cepat..OLEH ITU...Hidup kita jangan terlalu tergopoh gapah 

Al -QURAN mestilah di jadikan HUJJAH kita di dunia kerana Al-QURAN akan BERHUJJAH dengan kita di akhirat 

Terima Kasih..... USTAZ FAUZI SAHAR 


AHAD 23 RAMADHAN@12 OGOS 2012
Sentiasalah berusaha untuk menjauhi SOLAT & PUASA yang CELAKA.  Ia itu kita tidak mendapat apa-apa manafaat daripadanya SEBALIKNYA mendapat kerugian.

Terima Kasih... USTAZ YUSOF EMBONG  


ISNIN 24 RAMADHAN@13 OGOS 2012
Perkara-perkara yang datang dari ALLAH tak boleh kita rasa ragu-ragu.  Kita mesti YAKIN bahawa kita orang ISLAM dan BERIMAN

Terima kasih... USTAZ AZHAR IDRUS

SELASA 25 RAMADHAN@14 OGOS 2012
Memakmurkan usia dengan amalan-amalan yang baik akan baiklah akhirnya. Bercahaya pada awalnya akan bercahayalah akhirnya.  Jangan sesekali amalkan...biarkanlah...biarkanlah... pada anak-anak kecil. Ajar mereka SOLAT dan AMALAN-AMALAN SOLEH.. PENUHI dengan acara-acara KEHEBATAN di masa kecil.

Terima Kasih...DR ZULKIFLI AL-BAKRI
 

0 comments:

Post a Comment