Monday, October 1, 2012

Royal Belum: Hanya Terima Pengunjung Berdisiplin@Beriman

 Kebersihan adalah sebahagian daripada Iman. Sungai Perak yang bersih, menyegarkan dan mendamaikan
 
 Royal Belum hanya terima pengunjung yang berdisiplin@beriman

 Tapak Perkhemahan yang bersih....menyamankan, menyegarkan dan selesa


Pengunjung ke Royal Belum jangan jadi macam pengunjung ke Nilai 3.  Alahai...sampah di sekeliling tong kosong kerana nak senang...nak cepat...nak mudah @ PENGOTOR.  Kebersihan adalah sebahagian daripada Iman maka tidak sempurnalah Iman mereka atau merekalah orang-orang yang tidak bersdisiplin@tidak beriman kerana tidak menjaga kebersihan.  Mereka mengharapkan orang lain yang akan bersihkan kerana Nilai 3 tempat tumpuan ramai tentunya ada tukang sapu...tukang bersih.
Sampah-sampah yang telah lama di buang.  Ada tukang sapukah?
Pesanan Untuk Pengunjung ke Royal Belum....semoga anda semua tidak berjalan@trek dalam sampah.  Jaga kebersihan bererti jaga Iman.

.........................................................................................................................................

RENUNGAN buat PANDUAN

Daripada Abi Malik al-Harith bin Asim al-Asyari r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

KEBERSIHAN itu sebahagian daripada Iman, ALHAMDULILLAH memberatkan timbangan, SUBHANALLAH dan ALHAMDULILLAH, kedua-duanya memenuhi ruang di antara langit dan bumi.  SOLAT itu adalah Nur, SEDEKAH itu adalah bukti, SABAR itu adalah Sinaran dan AL-QURAN itu adalah Hujjah (untuk membela atau menentang).  Setiap manusia bekerja; maka ada yang menjual dirinya dan ada yang membebaskan dirinya dengan bekerja keras untuk Keselamatan atau Kecelakaan.

Riwayat Muslim dan al-Tarmizi

Petikan daripada kitab Hadith 40 Imam Nawawi

0 comments:

Post a Comment