Saturday, March 1, 2014

Royal Belum: Oh Air.. Kering...Kemarau & Solat Sunat Istisqa

 
RENUNGAN Buat PANDUAN
 
Air adalah  sebahagian daripada keperluan asas bagi semua makluk Allah.  Air memberikan tenaga, kesegaran, kehijauan dll.  Oleh itu, Air adalah Nikmat & Rezeki yang di kurniakan ALLAH kepada hamba-hambaNYA. Nikmat & Rezeki boleh di tarik balik oleh ALLAH pada bila-bila masa sahaja.  
Cuba renungkan mengapa Rezeki & Kenikmatan di tarik balik oleh ALLAH..!  Semuanya disebabkan oleh kemungkaran, maksiat, sombong diri, bangga diri, dosa dan melupakan ALLAH oleh hamba-hambaNya ketika senang. 
Dibiarkan bumi kering seketika...sudah mengakibatkan bercelaru urusan kehidupan hamba-hambaNYA. 
Oleh itu kepadaNyalah kita perlu kembali memohon.  Solat Minta Hujan atau Solat Sunat Istisqa  adalah usaha terbaik bagi hamba-hambaNya merintih & memohon agar hujan & air yang sangat-sangat diperlukan di kurniakan kepada kita.  Rintihan & doa yang Ikhlas mesti didahului dengan mengaku segala kesalahan kita, segala dosa kita, segala kemungkaran kita, segala maksiat yang telah di lakukan.  Beristigfarlah semoga ALLAH mengampunkan dosa-dosa kita....Setelah itu barulah kita secara berjamaah solat Istisqa mohon segalanya daripada ALLAH dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. 
 
ALLAH maha Pengasih & maha Penyanyang.  IsnyaAllah akan di makbulkan
 
Terima Kasih... S.F Haji Mohamad Mustafa bin Mohd Sidin   

 

0 comments:

Post a Comment