Tuesday, August 14, 2012

Royal Belum..Thank You Ramadhan & Welcome Eidul Fitri

 Ramadhan 1433 is leaving soon. Are you entitled to be graduated from this school of Ramadhan? Nobody knows accept you and Allah. If so....Eidul Fitri is for you......If not, it's a shame. Eid is on the 19th,  still have the time to recheck our duties toward Allah & Ramadhan so that we can celebrate EIDUL FITRI as a true MUSLIM

THANK YOU RAMADHAN....WELCOME EIDUL FITRI
The School of Ramadhan had taught us the real meaning of our lives and Allah gives Eidul Fitri for us to celebrate






.........................................................................................................................................

RENUNGAN buat PANDUAN

10 AMALAN UTAMA DI BULAN RAMADHAN UNTUK MERAIH TAQWA ALLAH SEBAGAI SATU PEMBETULAN (ada 2 hari lagi)
1.  Puasa.  Perkara yang utama.  Adakah...
     (i)   Puasa kita hanya untuk tahan lapar & dahaga
     (ii)  Puasa kita dapat menahan segala pancaindera
     (iii) Puasa hati & fikiran
2.  Amalan Berbuka & Bersahur.  Mengikut segala adab ATAU berpesta makanan
3.  Taraweh.  Taraweh hanya terdapat di bulan Ramadhan sahaja.  Adakah amalan kita ini   sebenarnya amalan atau mengikut adat sahaja.
      (i)  Adakah kita telah menjaga dahulu semua yang wajib
     (ii) Adakah kita telah mengutamakan dahulu solat-solat sunat yang Nabi S.A.W lakukan seperti solat sunat Rawatib, dhuha, witir & tahajjud?
4.  Bertaddarus  
5.  Berdoa & Berzikir.  Doa orang berpuasa tidak ditolah Allah.
6. Bersedekah.  Umum ketahui besedekah di bulan Ramadhan terlalu banyak ganjarannya.
7.  Iktiqaf.  Pernahkah kita beriktikaf...terutama 10 hari terakhir?
8.  Menghidupkan malam Lailatul Qadr iaitu... bangun malam@buat ibadat sepanjang malam.
9.  Zakat Fitrah.  Jangan sekali-kali lupa menunaikannya.
10. Menghidupkan malam terakhir dengan takbir.

Terima Kasih...USTAZ SHIHABUDDIN

TERIMA KASIH RAMADHAN......SELAMAT DATANG EIDUL FITRI. 
Allah kurniakan hambanya Bulan Ramadhan......  DAN Eidul Fitri dikurniakan agar kita kembali kepada fitrah setelah sebulan menunaikan tanggongjawab memenuhi tuntutanNYA.  Eidul Fitri sepatutnya menjadi permulaan kepada kewajipan kita sebagai hambaNYA bagi 11 bulan berikutnya setelah lulus Madrasah Ramadhan  

SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI..MAAF ZAHIR & BATIN
Ikhlas daripada Saya

Thursday, August 9, 2012

Royal Belum: Ramadhan Meal

 The Perak River

 Ramadhan does not mean to have special meals like The Ramadhan Buffet ....with 100s of choices.

 What about this?...the true Ramadhan Meal?
.................................................................................................................................
RENUNGAN buat PANDUAN
 
Bukti Puasa kita di terima dan ALLAH sayang pada kita adalah kesanggupan kita untuk solah berjamaah, membaca Al-Quran, solat sunat, berzikir di masjid sedangkan sahabat kita yang lain sedang sibuk dengan hal-hal dunia.

Kita tidak tahu amalan kita yang mana di terima ALLAH...Solat kitakah...Zakat kitakah...Puasa kitakah...Sedekah kitakah...Oleh itu buatlah semua amalan dengan ikhlas untuk mendapat Redho ALLAH

Terima kasih... IMAM SYEIKH ABDUL KARIM OMAR Al-FATANNI Al-MAKKI

JUMAAT, 21 RAMADHAN 1433@10 OGOS 2012
Dalam satu tazkirah Ramadhan.... Ustaz menasihati agar kita tidak perlu mempersoalkan berapa RAKAAT SOLAT TARAWEH yang dilakukan..LAPAN atau DUA PULUH....Apa yang penting lakukannya.  8 Rakaat ke...20 Rakaat ke.. semuanya bermatlamat untuk menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan ikhlas bagi mendapat Redho ALLAH,  HABUANNYA...itu hak ALLAH.  

Menurut Ustaz, beliau diberitahu oleh kawan-kawan bahawa jika sesebuah Masjid@Surau melakukan Solat Sunat Taraweh 20 Rakaat, ada satu perkara yang dilakukan oleh Jamaah 8 Rakaat (Bukan Semua) yang tak sepatutnya di amalkan...

IA..ITU
...... MENGHABISKAN JAMUAN MOREH...... kalau Mee Kari...Hanya tinggal Kari.... Kalau Kueh Mueh...Hanya tinggal yang kurang di gemari sahaja...Kalau Nasi Lemak...hanya tinggal nasi sahaja.  Jamaah 20 Rakaat perlu banyak-banyak bersabar.... minum air sajalah...itu pun kalau ada lebih.

SEBABNYA
JEMAAH 8 RAKAAT lebih RAMAI daripada JEMAAH 20 RAKAAT

Terima kasih..... USTAZ SHAHARUDDIN SHAMSUDDIN 


SABTU 22 RAMADHAN@11 Ogos 2012
Al-Quran diturunkan kepada kita secara sedikit demi sedikit dan perlahan-lahan bukan secara serentak dan cepat..OLEH ITU...Hidup kita jangan terlalu tergopoh gapah 

Al -QURAN mestilah di jadikan HUJJAH kita di dunia kerana Al-QURAN akan BERHUJJAH dengan kita di akhirat 

Terima Kasih..... USTAZ FAUZI SAHAR 


AHAD 23 RAMADHAN@12 OGOS 2012
Sentiasalah berusaha untuk menjauhi SOLAT & PUASA yang CELAKA.  Ia itu kita tidak mendapat apa-apa manafaat daripadanya SEBALIKNYA mendapat kerugian.

Terima Kasih... USTAZ YUSOF EMBONG  


ISNIN 24 RAMADHAN@13 OGOS 2012
Perkara-perkara yang datang dari ALLAH tak boleh kita rasa ragu-ragu.  Kita mesti YAKIN bahawa kita orang ISLAM dan BERIMAN

Terima kasih... USTAZ AZHAR IDRUS

SELASA 25 RAMADHAN@14 OGOS 2012
Memakmurkan usia dengan amalan-amalan yang baik akan baiklah akhirnya. Bercahaya pada awalnya akan bercahayalah akhirnya.  Jangan sesekali amalkan...biarkanlah...biarkanlah... pada anak-anak kecil. Ajar mereka SOLAT dan AMALAN-AMALAN SOLEH.. PENUHI dengan acara-acara KEHEBATAN di masa kecil.

Terima Kasih...DR ZULKIFLI AL-BAKRI
 

Thursday, August 2, 2012

Royal Belum: The Spirit of Ramadhan










.........................................................................................................................................

RENUNGAN buat PANDUAN

Firman Allah Ta'ala
Al-Baqarah Ayat 185.  Di dalam bulan Ramadhan itulah diturunkan Al-Quran yang menjadi petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan dari petunjuk itu dan yang membezakan (antara kebenaran dan kesesatan) 

Al-Qadr Ayat 1-3:  Sesungguhnya Kami turunkan (Al-Quran) pada malam Lailatul-qadr.  Tahukah anda apa dia malam Lailatul-qadr.  Lailatul-qadr itu lebih utama dari seribu bulan.

Berkata Jibril a.s kepada Nabi s.a.w
Siapa yang menemui bulan Ramadhan sedang ia tiada diampuni Allah Ta'ala, nescaya ia akan dijauhi dari RahmatNYA.  Katakanlah Amin! Maka Rasulullah s.a.w. berkata: Amin

Bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
Siapa berpuasa Ramadhan dan berjaga malamnya dengan penuh kepercayaan dan ketelus-ikhlasan, nescaya diampunkan segala dosanya yang telah lalu.

Sabda Baginda lagi bermaksud:
Umatku tetap akan berada di dalam kebaikan, selama mereka menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur (makan malam) 

Rujukan:  Kitab NASIHAT AGAMA dan WASIAT IMAN oleh Imam Habib Abdullah Haddad


15 RAMADHAN 1433@4 OGOS 2012@
Untuk Teman-Teman...... Sudah 14 hari Ramdhan berlalu meninggalkan kita.  Adakah Allah redho dengan segala amalan Berpuasa Kita, Bersedekah kita, Berzikir Kita, Bertadarus Kita, Taraweh Kita, Solat Kita, Pakaian Kita, Pekerjaan Kita. Sudah tentu kita sendiri yang tahu.  Masih ada 15 hari lagi Ramadhan 1433, oleh itu perbaikilah semuanya mana-mana yang kurang.  Semoga Ramadhan Tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.  INSYAALLAH

Terima Kasih...TUAN SYEIKH NURUDDIN AL-BANJARI


18 RAMADHAN 1433@7 OGOS 2012
Ramadhan telah menghampiri fasa terakhir & JANGAN LUPA ZAKAT FITRAH.

Perangai@Watak@Ciri Orang-orang Munafik
1.   Suka ajak orang buat jahat@maksiat.
2.   Suka menghalang orang lain melakukankan kebaikan.
3.   Suka Menggenggam tangan@Bakhil
3 Ciri Taqwa
1.   Taat & Jangan Maksiat
2.   Ingat & Jangan lupa Allah
3.   Syukur akan segala Nikmat Allah & Jangan Kufur
Mahu Menjadi Umat Islam Terbaik.
1.  Mengajak Manusia Buat Baik
2.   Cegah Mungkar
3.   Beriman Kepada Allah

Terima Kasih...DR DANIEL ZAINAL ABIDIN
    

Wednesday, July 18, 2012

Royal Belum: Welcome Ramadhan al-Mubaraq



THE SCHOOL OF RAMADHAN is a school of humility, generosity, gift and service.  May this MONTH be a SCHOOL for the ELEVEN months to come: to ponder over the MEANING OF OUR LIVES


.........................................................................................................................................


RENUNGAN buat PANDUAN
Untuk
Sahabat-Sahabat Seperjuangan di Tasik Temenggor & Taman Negeri Royal Belum


Mrs Mie.... BBQ untuk Peserta "Team Building" di Pulau Tali Kail, Tasik Temengor.  Dah biasa... kalau ada program, makan mesti mewah... kalau tak, complain habis... walaupun program tu team building@bina semangat@motivasi dll
"Dah lama tak makan Ikan Baung Masak.............!!!!.............PINDANG"



RAMADHAN bukan Bulan PESTA MAKANAN tetapi PERMULAAN kepada PESTA IBADAH SEBELAS BULAN berikutnya...........

Firman Allah Ta'ala
Wahai orang-orang yang beriman! Telah di wajibkan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana telah di wajibkan ke atas umat sebelum kamu, moga-moga kamu bertaqwa (al-Baqarah:183)


 Kalau di Bulan Ramadhan... bawa group macam ni oklah kot.....mereka memang tak diwajibkan berpuasa

 tapi kalau group  macam ni tak taulah...InsyaAllah berpuasa juga

Kawan-kawan...no excuse untuk tidak berpuasa kecuali yang benar-benar uzur.  Kalau dah boleh trek sampai Kuala Ketir...Sanghor...Kebeng...bermakna no problem untuk berpuasa.  Kalau yang tak berpuasa tu bukan apa......memang tak mau puasa.  

PUASA RAMADHAN ITU MILIK ALLAH
Ada Umat Islam yang tak solat tapi tetap berpuasa dan menjaga sungguh-sungguh akan syarat-syarat berpuasa dan meraikan puasa dengan menjamu selera sepuasnya semasa berbuka & selepas berbuka bersembang panjang....tak teringat langsung akan solat magrib.  Ada yang tak solat dan juga tak berpuasa tetapi malu untuk makan dikhalayak ramai...makan di rumah sahaja atau menyorok-nyorok.
PUASA RAMADHAN ITU MILIK ALLAH   

Mengenai kelebihan Bulan Ramadhan, Rasulullah SAW telah bersabda bermaksud:
"Bulan Ramadhan ke bulan Ramadhan, dan hari Jumaat ke hari Jumaat, dan satu sembahyang ke sembahyang yang lain menjadi penebus dosa di antara keduanya, selama di jauhi segala dosa besar."

Bersabda Rasulullah SAW mengenai Bulan Ramadhan, bermaksud:
"Bulan Ramadhan itu ialah bulan kesabaran, dan ganjaran kesabaran ialah masuk syurga."

Sabdanya lagi, Bermaksud:
Mulanya (Bulan Ramadhan) Rahmat, tengahnya Pengampunan, dan akhirnya Merdeka dari api- Neraka.:

Adap-Adap Ketika Berpuasa
1.  Jangan banyak berludah.
2.  Jangan membuang masa dengan berbual-bual kosong, main terup, main dam dan sebagainya.
3.  Menghindarkan diri daripada melihat perkara-perkara yang haram.
4.  Menjauhkan diri dari sebarang pendengaran yang haram.
5.  Jangan mengeluarkan perkataan-perkataan yang mencarut atau kotor.
6.  Menguasai tangan dari melakukan perbuatan haram dan menahan kaki dari berjalan ke tempat-tempat   maksiat .
7.  Jangan berlebih-lebihan makan minum ketika berbuka.
8.  Jangan boros dalam perbelanjaan makan minum dan sebagainya.
9.  Jangan banyak tidur, terutamanya waktu siang hari.

Perkara-Perkara Yang Mengharuskan Berbuka
1.  Kedatangan haid atau nifas (wajib berbuka)
2.  Sakit yang membahayakan.
3.  Sakit yang tiada harapan sembuhnya.
4.  Tersangat lapar atau dahaga yang membahayakan--mencemaskan.
5.  Dalam perjalanan (safar) sejauh dua marhalah (kira-kira 60 batu) atau lebih.
6.  Tua yang tidak kuasa (daya) berpuasa.
7.  Kandungan dalam perut bagi perempuan.
8.  Menyusukan anak kecil

Hikmat-Hikmat Puasa
1.  Menandakan kesyukuran kepada Allah kerana nikmat-nikmat yang banyak kepada hamba-hambanya.
2.  Melatih jiwa supaya mempunyai rasa kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita.
3.  Melatih jiwa supaya bersih daripada sifat-sifat tamak, sombong, hasad dengki.
4.  Melatih diri supaya bersifat sabar dan tahan menempuh ujian-ujian dalam perjuangan hidup.
5. Menanam semangat perpaduan kerana sama-sama menunaikan kewajipan yang sama itu dapat menimbulkan semangat perpaduan.
6.  Menenam semangat sama-rata dan menjauhkan sifat beza membeza di antara kaya miskin, hina mulia, raja dan rakyat kerana sama-sama menjunjung perintah Allah.
7.  Melatih diri supaya mempunyai peraturan-peraturan dan menghargai masa, kerana puasa mempunyai batas-batas waktu yang tertentu.
8.  Membersihkan anggota-anggota di dalam tubuh dari daki-daki dan lemak-lemak makanan yang bekerja sepanjang tahun.
9.  Memberi kerihatan kepada alat-alat di dalam tubuh terutama alat pengisar makanan yang bekerja sepanjang tahun.
10. Memberi peluang untuk memperbanyakkan amal ibadat, kerana bulan Ramadhan mempunyai keistimewaan-keistimewaan yang tidak ada pada bulan-bulan lain seperti Lailatul-Qadar dan sembahyang Taraweh.
 
Kepada semua kenalan terutama rakan-rakan seperjuangan di Tasik Temenggor/Royal Belum, diucapkan SELAMAT BERPUASA.  Mohon ampun dan maaf, semoga Puasa kita di terima Allah.  INSYAALLAH

RUJUKAN
Kitab NASIHAT AGAMA DAN WASIAT IMAN oleh Imam Habib Abdullah Haddad 
&
PASTIKAN PUASA ANDA MENGIKUT SYARAK oleh Ustaz Safwan Fathy

Wednesday, July 11, 2012

Royal Belum: UpStream Perak River






The Perak River: Upstream in Royal Belum


Easy for them to go across.  Make sure that your campsite is not on their trail.


Trek 4-8 hrs upstream Perak River and witness the scenic pristine forest & the crystal clear river.
 Why hurry ... tiredness makes you forget to appreciate the nature OR the awesome nature can make you forget your tiredness
                Contact AZMI 012-5789554 (mee.ent554@gmail.com) OR AZMAN 017-5357789 (pgnoorazman@yahoo.com)

.....................................................................................................................................

RENUNGAN buat PANDUAN

Diriwayatkan daripada Abu Ruqayyah Tamim bin Aus al-Dariy r.a., bahawa sesungguhnya Nabi SAW bersabda:

Maksudnya:  "Agama itu Nasihat.  Kami bertanya:  'Untuk Siapa?' Baginda manjawab: 'Untuk Allah, KitabNya, RasulNya, para Pemimpin kaum Muslimin, dan bagi Manusia Umumnya.'"

Riwayat Ahmad dan Abu Daud

Petikan daipada Kitab HADIS 40 IMAM NAWAWI

Thursday, July 5, 2012

Royal Belum: 5 Petalled Kerri & Cantleyii


Half  bloomed Kerrii


The Cantleyii


Its amazing if the 10 Petaled Rafflesia Found was a Kerrii.

 ---------------------------------------------------------------------------------------------------

RENUNGAN buat PANDUAN

Daripada Abi Abdul Rahman Abdillah bin Umar bin al-Khattab r.a berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: Islam didirikan atas lima perkara iaitu: Bersaksi bahawa Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke Baitullah dan berpuasa pada bulan Ramadhan

Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Petikan daripada kitab HADIS 40 IMAM NAWAWI

Sunday, July 1, 2012

Royal Belum: Meet Tatak Sa'in


Tatak Sa'in In Action

Tatak Sa'in's Family


With Anas (Azmi Junior)

................................................................................................................................

RENUNGAN buat PANDUAN
 Rejab 1433 telah meninggalkan kita & tak akan kembali lagi.  Kita hanya menunggu kunjungan  Rejab 1434

Sya'ban 1433 telah Menghampiri Pertengahan dan Manfaatkanlah Kelebihannya Sepenuhnya.

7 Amalan di Bulan Sya'ban
1.  Puasa Sunat
2.  Banyakkan Istiqfar.  Minta ampun pada Allah
3.  Banyakkan selawat ke atas Nabi
4.  Solat Sunat di Malam Nesfu Sya'ban
5.  Banyakkan Sedekah
6.  Baca AlQuran
7.  Zikrullah