Thursday, March 14, 2013

Royal Belum : PPPTT & Khutbah Terakhir Rasulullah SAW

 Pada Mesyuaat Agong Kali Ke4, Persatuan Pengusaha Pelancongan Tasik Temenggor (PPPTT) telah memilih Jawatankuasa baru bagi sessi 2013/14.  InsyaAllah, dengan keiklasan, kegigihan & kesungguhan, semua urusan di permudahkan Allah.

....................................................................................................................................


Renungan Untuk Semua.

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W
Tarikh: 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah, Bertempat di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan.  Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan semua selepas tahun ini.  Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.  Kembalikan harta yang di amanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.  Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.  Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.  ALLAH telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.  Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas Isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.  Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.  Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah lemah dan pembantu kamu yang setia.  Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan Zina.

Wahai Manusia. dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah ALLAH, dirikanlah sembahyang  lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu.  Kerjakanlah 'Ibadah Haji' sekiranya kamu mampu.  Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain.  Kamu semua adalah sama, tidak seorangpun yang lebih mulia dari yang lain kecuali dalam Takwa dan Beramal Soleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap ALLAH pada suatu hari nanti untuk dipertanggongjawabkan di atas segala apa yang kamu kerjakan.  Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.  Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.  Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.  Itulah ALQURAN dan SUNNAHku

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain.  Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.  Saksikanlah Ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan RisalahMU kepada Hamba-HambaMU.

Intisari:
1.   Larangan membunuh jiwa dan mengambil harta orang lain tanpa alasan yang hak.
2.   Kewajipan meninggalkan tradisi dan amalan jahiliyah; pembunuhan dan riba.
3.   Berwaspada dengan gangguan syaitan dan kewajipan menjaga agama.
4.   Larangan mengharamkan apa yang dihalalkan dan sebaliknya.
5.   Kewajipan memuliakan wanita (isteri).
6.   Kewajipan berpegang teguh kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
7. Kewajipan taat kepada pemimpin, siapa pun dia selama masih berpegang teguh kepada Al-Quran.
8.  Kewajipan berbuat baik kepada hamba sahaya.
9.   Umat Islam adalah bersaudara satu dengan yang lain.
10. Kewajipan menyampaikan khutbah Rasulullah SAW kepada yang lain. 

Terima Kasih Ustaz Roslan Mohamad & Surau Ar-Rahman



Wednesday, February 27, 2013

Royal Belum: For the Future


You can release fries to replace the fishes caught by naughty anglers BUT you cannot plant a Kerrii




.........................................................................................................................................
RENUNGAN Buat PANDUAN

Rasulullah S.A.W pernah Bersabda bermaksud:
"Sebaik-baik Zikir Ialah Yang di Rahsiakan (Dalam Batin), dan Sebaik-baik Rezeki Ialah Yang Mencukupi"

Firman Allah dalam Surah Al-A'raf Ayat 205,
"Berzikirlah (ingatlah) kepada Tuhanmu Dalam Hatimu dengan Rendah Hati dan Perasaan Takut"


Saturday, January 12, 2013

Royal Belum: Habitat Burung Enggang

Sedang saya sibuk melayan tetamu di kenduri kawin anak, dapat panggilan daripada seorang kawan lama.  Beliau tidak dapat hadir kerana sedang menjadi Jurugambar pada majlis kawin anak sedaranya.  

Beliau memaklumkan bahawa dalam bulan Jun atau July 2013 akan di adakan satu xpdc mengkaji Enggang (i.e plain-pouched hornbill) di Belum -Temenggor yang mana kami telah lama tahu bahawa mulai June setiap tahun, langit Belum-Temenggor akan dipenuhi dgn burung-burung ini terbang mencari makan.  Beliau mengajak saya turut serta dalam XPDC tersebut.  InsyaAllah... dah pencen

Memang hajat kami yang masih tak kesampaian mengenai burung ini ialah untuk melihat tempat burung-burung ini berteduh & bermalam di kawasan pergunungan@hutan  di Ulu Sg. Piah atau di Royal Belum..

Adakah harapan ini akan tercapai dengan gambar-gambar di bawah yang saya ambil dari Sinar Harian Edisi Perak pada 26/12/12?  Gambar-gambar ini adalah untuk 'Kawan lama' yang mungkin tidak mengetahuinya kerana bukan tinggal di Perak i.e tak baca Sinar Harian Edisi Perak. Di manakah pula Enggang-Enggang tersebut akan bermalam Atau mungkin tidak akan muncul lagi?

Di Royal Belum terdapat satu kawasan di mana kumpulan burung ini di lihat keluar di awal pagi dan balik ke situ di lewat petang.... bukan 100, 200 tapi RIBUAN.
  
Burung Enggang terutamanya ENGGANG HUTAN@PLAIN-POUCHED HORNBILL adalah salah satu tarikan utama ke Tasik Temenggor dan Taman Negeri Royal Belum selain daripada Rafflesia dan produk-produk lain seperti  Air terjun, sungai & hutannya, gajah menyeberangi tasik & sungai, memancing yang menarik minat pelancong yang mana ianya boleh juga kita lihat di tempat-tempat lain.  Di Malaysia, Enggang Hutan yang datang bermusim tidak boleh di lihat di tempat lain kecuali di Belum-Temenggor & Hulu Muda sahaja.  Belum-Temenggor adalah habitat bagi kesemua 10 spesis Enggang yang terdapat di negara kita.  Jika fenomena seperti gambar-gambar di bawah menjadi satu perkara yang biasa, tidak mungkin Enggang Hutan akan meninggalkankan Belum-Temenggor

Selamatkah Habitat ENGGANG HUTAN@PLAIN-POUCHED HORNBILLS?




..........................................................................................................................

RENUNGAN Buat PANDUAN

KALIMAH ALLAH
 
Hari ini 18/01/13.  Baru selesai mengikuti Kuliah Magrib Khas 'Menjernihkan Yang Keruh' oleh Dato' Dr Harun Din di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah@Masjid Negeri Selangor, Shah Alam.  Beliau memberi keterangan dan penjelasan yang panjang lebar mengenai Kalimah Allah dan di akhiri dengan 5 Kesimpulan.
1.  Allah Maha Sempurna, Maha Suci dan Kekal Abadi
2.  Tiada sekutu bagi Allah
3.  Allah perkataan yang tidak boleh dijamakkan kerana ianya satu
4.  Rosak nama Allah jika diterjemah kepada God
5. Orang yang menyetujui Allah di terjemahkan kepada Allah yang berbilang-bilang adalah Syirik 

 Antara pesanan beliau, pihak berkuasa agama perlu ada undang-undang yang jelas bahawa Allah adalah eksklusif untuk orang Islam.  Mesti jaga agama dengan memelihara Titah perintah Allah dengan mengerjakan segala yang di suruh.  Kita mesti mempertahankan Kalimah Allah ini walaupun dengan harga yang paling mahal

Friday, January 11, 2013

22/12/12 My Youngest Daughter.........Married

 Semoga Bahagia hingga ke akhir Hayat......JANGAN TINGGAL SOLAT


Tuesday, December 18, 2012

Royal Belum : Tribute To Our Worriors

 Royal Belum Lahir dengan Darah dan Air Mata.

 Sebelum ke Royal Belum & Tasik Temenggor, singgah seketika di Dataran Juang Tentera Darat supaya anda ketahui bahawa keindahan dan keseronokan yang anda akan nikmati adalah hasil daripada pengorbanan mereka.

 Dataran Juang Tentera Darat terletak 2 KM sebelum Jeti Banding dari Gerik atau 2 KM selepas Jeti jika dari Kota Baru

 Semua ini lahir dari keringat, air mata & darah para Pekerja dan Perajurit kita.  Pengorbanan mereka jangan sesekali kita sia-siakan.  Jika ke Tasik Temenggor & Royal Belum jagalah semua kemudahan dan keindahan dengan sebaik-baiknya.  Jangan dicemarkannya dek kerana kerakusan kita. Hargailah semua pengorbanan mereka.

.............................................................................................................................................
 
RENUNGAN Buat PANDUAN

Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa sesungguhnya Rasulullah bersabda, Maksudnya:

Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah Berkata Baik atau Diam.  Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah Menghormati Jiran Tetangganya. Dan sesiapa beriman kepada allah dan Hari Akhirat, hendaklah Menghormati Tetamunya.

Petikan daripada Kitab HADITH 40 Imam Nawawi  

Friday, December 14, 2012

Royal Belum: Porchers Warned


A Warning to Porchers In Belum-Temenggor.



.......................................................................................................................................
RENUNGAN Buat PANDUAN

12/12/12 menjadi perhatian seluruh dunia dan ada yang memilihnya sebagai tarikh untuk melangsungkan perkahwinan kerana mudah diingati termasuk juga umat Islam......Tetapi..... jangan kita lupa Nombor@Tarikh ini 1234.....1hb 2, 1434 bukan hanya senang diingat tetapi ianya milik kita.

Sunday, November 18, 2012

Royal Belum: High & Low in Belum-Temengor

.............High - You can start Casting the Sebarau Here................
When it is Low you can park your car & enjoy "Teh Tarik"

 Low. If it is High....You can paddle through here & no time wasting....carrying & dragging the kayak....
You can even Reel-In a Sebarau here

Low..... If it is high.............you will be floating@swimming here

.........................................................................................................................................

RENUNGAN Buat PANDUAN

3 Jenis Bala Jika Kita Menurut Nafsu
1.   Takbur
2.   Sedikit Keinsafan
3.   Riak

3 Penyakit Sekiranya Bersahabat Dengan Golongan Yang Redha Dengan Nafsu
1.   Menjadi hamba kepada Nafsu.
2.   Susah.
3.   Persahabatan Yang Tak kekal.

Bersahabatlah Dengan 3 Matlamat
1.   Memberi Nasihat
2.   Mengambil Berat
3.   Memberi Pertolongan

3 Sifat Yang Baik
1.   Insaf daripada nafsunya
2.   Memberi salam kepada Yang Alim
3.   Memberi Nafkah@Sedekah daripada Hartanya Yang Sedikit.

Terima Kasih:  Dr Zulkifli Al-Bakri