Pada Mesyuaat Agong Kali Ke4, Persatuan Pengusaha Pelancongan Tasik Temenggor (PPPTT) telah memilih Jawatankuasa baru bagi sessi 2013/14. InsyaAllah, dengan keiklasan, kegigihan & kesungguhan, semua urusan di permudahkan Allah.
....................................................................................................................................
Renungan Untuk Semua.
KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W
Tarikh: 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah, Bertempat di Lembah Uranah, Gunung Arafah
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang di amanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. ALLAH telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas Isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah lemah dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan Zina.
Wahai Manusia. dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah ALLAH, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah 'Ibadah Haji' sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorangpun yang lebih mulia dari yang lain kecuali dalam Takwa dan Beramal Soleh.
Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap ALLAH pada suatu hari nanti untuk dipertanggongjawabkan di atas segala apa yang kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHku
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan RisalahMU kepada Hamba-HambaMU.
Intisari:
1. Larangan membunuh jiwa dan mengambil harta orang lain tanpa alasan yang hak.
2. Kewajipan meninggalkan tradisi dan amalan jahiliyah; pembunuhan dan riba.
3. Berwaspada dengan gangguan syaitan dan kewajipan menjaga agama.
4. Larangan mengharamkan apa yang dihalalkan dan sebaliknya.
5. Kewajipan memuliakan wanita (isteri).
6. Kewajipan berpegang teguh kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
7. Kewajipan taat kepada pemimpin, siapa pun dia selama masih berpegang teguh kepada Al-Quran.
8. Kewajipan berbuat baik kepada hamba sahaya.
9. Umat Islam adalah bersaudara satu dengan yang lain.
10. Kewajipan menyampaikan khutbah Rasulullah SAW kepada yang lain.

Terima Kasih Ustaz Roslan Mohamad & Surau Ar-Rahman
0 comments:
Post a Comment