Saturday, January 11, 2014

Royal Belum: Selamat Tahun Baru Masehi 2014


Hope it's not too late to wish Happy New Year 2014.  Selamat menyambut Tahun Baru Masehi 2014 dengan azam dan harapan yang baru.  Sebagai seorang Muslim tidak salah menyambut & berazam untuk tahun baru Masehi walaupun ianya bukannya kepunyaan kita dengan SYARAT:
1.  Niat yang kuat.
2.  Bukan pada benda yang mustahil@tak rasional.
3.  Mampu untuk dilaksanakan.
4.  Bukan perkara2 yang melanggar syariat.
5.  Ada usaha untuk merealisasikannya.

DAN mengikut 10 perkara yang wajib di azamkan.
1.  Berazam daripada keduniaan untuk akhirat.
2.  Berazam daripada mengumpul kekayaan dunia kepada beramal.
3.  Berazam daripada dosa kepada pahala.
4.  Berazam daripada kekufuran kepada kesyukuran.
5.  Berazam daripada benda2 yang haram kepada benda2 yang halal.
6.  Berazam daripada kebatilan kepada kebenaran.
7.  Berazam daripada bakhil kepada pemurah.
8.  Berazam daripada malas kepada rajin.
9.  Berazam daripada kejahilan kepada berpengetahuan, daripada tak tahu kepada tahu.
10. Berazam daripada permusuhan kepada persaudaraan.

KERANA Berazam itu ada kelebihannya:
1.  Dengan berazam akan ada semangat dan akan diberi Allah semangat & kekuatan.
2.  Untuk diberikan kemudahan jalan@laluan untuk mencapainya.
3.  Akan di nilai Allah sebagai pahala.  InsyaAllah

Sekian Untuk Renungan & Panduan Bersama

                                          TERIMA KASEH,. Ustaz Shihabuddin 


MALAM INI (18/01/14) USTAZ KAZIM ALIAS BERADA DI SURAU ITTIHADIYAH, SEK 9, SHAH ALAM.
Ustaz mengajak semua menunjukkan kecintaan kepada Nabi Muhammad S.A.W dan menyambut hari kelahirannya dengan mengikut segala Sunnah dan Ajaran Nabi.  Beliau juga mengajak semua menunaikan tanggongjawab sebagai pendakwah iaitu pendakwah yang menyukakan orang bukan yang menghukum orang.  Alunan lagu digemari para hadirin....lagu Hindustan...."POLISTEMBAKTARAKKENA"

0 comments:

Post a Comment