Saturday, March 1, 2014

Royal Belum: Oh Air.. Kering...Kemarau & Solat Sunat Istisqa

 
RENUNGAN Buat PANDUAN
 
Air adalah  sebahagian daripada keperluan asas bagi semua makluk Allah.  Air memberikan tenaga, kesegaran, kehijauan dll.  Oleh itu, Air adalah Nikmat & Rezeki yang di kurniakan ALLAH kepada hamba-hambaNYA. Nikmat & Rezeki boleh di tarik balik oleh ALLAH pada bila-bila masa sahaja.  
Cuba renungkan mengapa Rezeki & Kenikmatan di tarik balik oleh ALLAH..!  Semuanya disebabkan oleh kemungkaran, maksiat, sombong diri, bangga diri, dosa dan melupakan ALLAH oleh hamba-hambaNya ketika senang. 
Dibiarkan bumi kering seketika...sudah mengakibatkan bercelaru urusan kehidupan hamba-hambaNYA. 
Oleh itu kepadaNyalah kita perlu kembali memohon.  Solat Minta Hujan atau Solat Sunat Istisqa  adalah usaha terbaik bagi hamba-hambaNya merintih & memohon agar hujan & air yang sangat-sangat diperlukan di kurniakan kepada kita.  Rintihan & doa yang Ikhlas mesti didahului dengan mengaku segala kesalahan kita, segala dosa kita, segala kemungkaran kita, segala maksiat yang telah di lakukan.  Beristigfarlah semoga ALLAH mengampunkan dosa-dosa kita....Setelah itu barulah kita secara berjamaah solat Istisqa mohon segalanya daripada ALLAH dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. 
 
ALLAH maha Pengasih & maha Penyanyang.  IsnyaAllah akan di makbulkan
 
Terima Kasih... S.F Haji Mohamad Mustafa bin Mohd Sidin   

 

Thursday, February 20, 2014

Royal Belum...Onederful Houseboat For You


Onederful Houseboat in Belum-Temengor


For more Info & Booking, Contact
Faridzul@Along
Email: faridzulatras3451@gmail.com
hp : 012 - 4592680

Sopie
Email : sofie9596@gmail.com
hp : 013 - 4077175

 .............................................................................................................................

RENUNGAN Buat PANDUAN

Perkara-perkara Yang Wajib di Jaga Oleh Seseorang Muslim Terhadap Seseorang Muslim Yang Lain Dari Segi Akhlak...

1.   Janganlah saling hasad menghasad/Dengki Mendengki.
2. Janganlah saling Benci Membenci/ Marah Memarahi.  Seseorang yang Kuat itu ialah yang dapat menahan kemarahannya.
3.  Janganlah Tambah Menambah di dalam Jual beli.
4.  Jangan cakap Belakang.
5.  Janganlah suka unpat mengumpat.  Jadilah hamba Allah yang bersaudara.

Haram Bagi Seseorang Muslim Terhadap Seseorang Muslim Yang Lain.
1.   Haram Darahnya.
2.   Haram Harta Bendanya.
3.   Haram Maruah & Harga Dirinya.

Mengumpatlah ia Jika...
1.   Dengan Lisan atau tulisan.
2.   Cerita Tentang Keburukannya.
3.   Bercakap di Belakang.     
4.   Sudah atau Sedang Berlaku.
5.   Marah jika didengar Orang Yang Diumpat.
6.   Tidak ada Tujuan umpatan.
7.   Untuk Menjatuhkan Maruah.
8.   Sengaja atau disedari. 

Jangan di Benci@Marah Pada Orangnya tapi pada Perangainya...Jangan diumpat Orangnya tapi Umpatlah pada Kezalimannya.


Terima Kasih... Ustaz Shihabuddin 
 

Friday, February 14, 2014

Royal Belum ..... Beware




When You Are in Royal Belum......Beware of these........


...........................................................................................................................
 
RENUNGAN BUAT PANDUAN

Hubungan kita dengan Allah tiada Batasannya.  Kita bila-bila masa sahaja boleh Berhubung dengan Allah tanpa Melalui Orang Tengah.  Tidak kira Siapa Kita, Orang Miskin kah kita.... Orang Kayakah kita.... Berpangkatkah kita.... Ada Kedudukankah kita.... Orang Hitamkah kita.... Orang Putihkah kita.... Orang Alimkah kita.... Orang Jahilkah kita.... Orang Pandaikah kita.... Orang Bodohkah kita.... Sihatkah kita....Sakitkah kita.  ALLAH tidak memilih sesiapa untuk Berhubung dengan NYA

Tidak kira di mana kita berada.... Di Utarakah kita.... Di Selatankah kita.... Di Bandarkah kita.... Di Kampongkah kita.... Di Hutankah kita.... Di Istanakah kita.... Di Bangalowkah kita.... Di Rumah Papankah kita..... Di Pondok kah kita..... Tidak ada halangan & Rintangan untuk kita Berhubung dengan ALLAH

Tidak kira dalam keadaan apapun.... Malam.... Siang....Bising.... Riuh....  Sunyi....Sepi.  Kita boleh Berhubung dengan ALLAH

Solat.... Zikir.... Doa...Minta apa sahaja dengan Tulus, Ikhlas & Bersungguh-Sungguh...ALLAH pasti akan memakbulkan doa & Permintaan kita...tidak di Dunia, pastinya di Akhirat....InsyaAllah. INDAHNYA ISLAM 

Terima kasih..... Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki

Saturday, January 11, 2014

Royal Belum: Selamat Tahun Baru Masehi 2014


Hope it's not too late to wish Happy New Year 2014.  Selamat menyambut Tahun Baru Masehi 2014 dengan azam dan harapan yang baru.  Sebagai seorang Muslim tidak salah menyambut & berazam untuk tahun baru Masehi walaupun ianya bukannya kepunyaan kita dengan SYARAT:
1.  Niat yang kuat.
2.  Bukan pada benda yang mustahil@tak rasional.
3.  Mampu untuk dilaksanakan.
4.  Bukan perkara2 yang melanggar syariat.
5.  Ada usaha untuk merealisasikannya.

DAN mengikut 10 perkara yang wajib di azamkan.
1.  Berazam daripada keduniaan untuk akhirat.
2.  Berazam daripada mengumpul kekayaan dunia kepada beramal.
3.  Berazam daripada dosa kepada pahala.
4.  Berazam daripada kekufuran kepada kesyukuran.
5.  Berazam daripada benda2 yang haram kepada benda2 yang halal.
6.  Berazam daripada kebatilan kepada kebenaran.
7.  Berazam daripada bakhil kepada pemurah.
8.  Berazam daripada malas kepada rajin.
9.  Berazam daripada kejahilan kepada berpengetahuan, daripada tak tahu kepada tahu.
10. Berazam daripada permusuhan kepada persaudaraan.

KERANA Berazam itu ada kelebihannya:
1.  Dengan berazam akan ada semangat dan akan diberi Allah semangat & kekuatan.
2.  Untuk diberikan kemudahan jalan@laluan untuk mencapainya.
3.  Akan di nilai Allah sebagai pahala.  InsyaAllah

Sekian Untuk Renungan & Panduan Bersama

                                          TERIMA KASEH,. Ustaz Shihabuddin 


MALAM INI (18/01/14) USTAZ KAZIM ALIAS BERADA DI SURAU ITTIHADIYAH, SEK 9, SHAH ALAM.
Ustaz mengajak semua menunjukkan kecintaan kepada Nabi Muhammad S.A.W dan menyambut hari kelahirannya dengan mengikut segala Sunnah dan Ajaran Nabi.  Beliau juga mengajak semua menunaikan tanggongjawab sebagai pendakwah iaitu pendakwah yang menyukakan orang bukan yang menghukum orang.  Alunan lagu digemari para hadirin....lagu Hindustan...."POLISTEMBAKTARAKKENA"

Tuesday, December 10, 2013

Royal Belum: Holiday with Nature In Temenggor


Good Morning..... Breakfast is a must before You Trek

Thank You Mark@All Points East AND tq Mie & Man

............................................................................................................................

RENUNGAN Buat PANDUAN

Katakanlah (Muhammad), Sesungguhnya tidak ada sesuatupun yang dapat melindungiku dari (azab) Allah dan aku tidak akan memperoleh tempat berlindung selain dari NYA
(Al-Jinn Ayat 2)

(Aku Hanya) menyampaikan (peringatan) dari Allah dan RisalahNya. Dan barang siapa menderhakai Allah dan  RasulNya maka sesungguhnya dia akan mendapat (azab) Neraka Jahanam, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.
(Al-Jinn Ayat 23)

1.  Syaitan musuh kita buat selama lamanya.
2.  Jauhilah jalan yang tidak membawa kita kepada Allah.
3.  Yang lemah mesti bergantung kepada yang kuat,  hanya Allah yang maha kuat.  Berlindung dan bergntunglah  dengan Allah iaitu berlindung dengan hukum-hukum Allah
4.  Balasan di neraka terlalu lama, seolah-olah selama-lamanya.
5.  Insan tidak sepatutnya terjerumus dalam maksiat dengan ada ilmu.
6.  Jika buat maksiat, bimbang akan menjadi lazat kepada maksiat.
7.  Mesti berusaha untuk lazat kepada ibadat.
8.  Jika tersesat perlu cepat-cepat bertaubat.
9.  Insan hanya akan selamat kerana takut balasan Allah.

Terima Kasih... Dr Harun Din

Saturday, October 26, 2013

Keselamatan & Kebahagian Sejati

Keselamatan dan Kebahagian di Dunia & Akhirat Adalah Impian Kita Semua

Selamat di Dunia JIKA:
1.   Mencari Ilmu Yang Bermanfaat.
2.   Beramal dengan Ilmu Yang kita Perolehi.
3.   Makan Rezeki yang Halal.
4.   Bersyukur di atas Segala Nikmat yang diPerolehi.
5.   Sabar Dalam Kesusahan.

Selamat di Akhirat JIKA:
1.  Malaikat Cabut Nyawa Kita dengan Lemah Lembut.
2.  Tidak Gerun Menjawab Soalan Malaikat.
3.  Tenang di Padang Mahsyar kerana Amal yang Cukup.
4.  Segala Amal Taat diTerima Allah & Segala Kejahatan diPadam.
5.  Dapat Meniti Titian Sirat dengan Aman & Selamat.

Terima Kasih: Ustaz Ishak

Saturday, September 7, 2013

Jamuan Hari Raya 1434 MSSAAS










RENUNGAN Buat PANDUAN

.......Rezeki & Harta adalah Hak Allah......
1.     Kita berkehendakkan dunia tetapi dunia tidak brkehendakkan kita sehingga orang rebah   &   menjadi hamba dunia.
2.     Cintakan dunia & bencikan kematian akan menyebabkan lahir sifat tamak & kehinaan.
3.     Tamak akan membawa kepada kehinaan.
4.     Orang yang tamak dengan kebendaan dunia akan menghinakan dirinya di hadapan manusia.
5.     Tempatkan dunia dalam tangan@gengaman jangan diletakkan ke dalam hati.

"Jika hasil yang HALAL Ambillah seberapa banyak yang boleh tapi jika yang    HARAM, Jangan di ambil walau sedikit sekalipun"

Terima Kasih.... Ustaz Zulkifli