Friday, April 19, 2013

Royal Belum: Taman Negeri OR Hutan Simpan

Masih tidak tahu atau tidak faham apa itu Hutan Simpan, Hutan Simpan Kekal, Taman Negara atau Taman Negeri?  Mana satu yang boleh di tebang pokok2nya? Atau yang mana satu hutannya benar2 di simpan dan di kekalkan?

Lihat Laporan Sinar Harian Edisi Perak bertarikh 21 Feb 2013 (Khamis) mengenai "Royal Belum World drums Festival" yang di anjurkan oleh Tourism Perak.  Laporan tersebut jelas menyebut Royal Belum sebagai Hutan Simpan bukannya Taman Negeri.  Kalau Hutan Simpan bermakna Meranti, Merbau dll pohon yang menjadi idaman pembalak bila2 masa sahaja boleh di tebang & digondolkan.

Royal Belum telah di Gazetkan sebagai Taman Negeri bukannya Hutan Simpan.  Mohon jangan di tukarkan statusnya sepertimana dengan bangganya mereka menukar Tasik Temenggor kepada Tasik Banding.....konon lebih popular.  Pls Check.....

 


................................................................................................................


RENUNGAN Buat PANDUAN


Semua Mesti Ingat Bahawa:..............

Kita selalu & boleh mandi sendiri tapi ingat bahawa satu hari kita akan di mandikan,

Kita selalu & boleh pakai baju sendiri tapi ingat satu hari kita akan di pakaikan baju.

Kita sentiasa berjalan dan boleh berjalan ke Masjid tapi ingat bahawa satu hari kita akan di usung ke masjid.

Kita solat berjamaah di belakang iman tapi ingat satu hari kita akan di hadapan Imam & disembahyangkan.

Terima Kasih........ Ustaz Firdaus




0 comments:

Post a Comment