Belum-Temengor dapat Adun Baru. Harap YB baru jangan lupa Royal Belum & Tasik Temengor. Adun lama dah jadi MP. InsyaAllah .... Royal Belum & Tasik Temengor ada dalam perancangan. Teringat berkelah bersama YB Adun Lama di Kem Kuala Tiang dlm program kutip sampah terapong anjuran Persatuan Pengusaha Pelancongan Tasik Temengor (PPPTT)
Perak bakal mendapat Exco Pelancongan baru. Harap YB tak lupa Royal Belum & Tasik Temengor. Di sini ada Persatuan khusus untuk Pengusaha Pelancongan di Royal Belum & Tasik Temengor yang di anggotai oleh pengusaha kecil pelancongan ie pengusaha bot, boatman, caterer & tukang masak, porter, jurupandu dan mereka yang terlibat secara aktif dlm aktiviti pelancongan. Dengan tertubuhnya Perbadanan Taman Negeri Perak & Taman Negeri Royal Belum di Gazetkan telah memberi cahaya dan semangat kepada mereka kerana telah ada yang dapat membantu.....setelah sekian lama mereka di abaikan & telah berusaha sendiri untuk memajukan industri pelancongan di sini. Harap Exco baru dapat meluangkan masa menjengok Belum-Temengor.
KENANGAN
Sesuatu yang membanggakan kami di PPPTT kerana mendapat kunjunganYB Osman Jailu Exco Pelancongan (2008-09). Kami sedaya upaya mempersembahkan kepada beliau sebahagian aktiviti yang kami berikan kepada para pelancong......Beliau berkhemah, memancing (tak dpt ikan pun), ke air Terjun, trekking (tak ada masalah bagi YB... almaklum...ex-service macam saya), water confident, berakit (YB tunjuk skill berenang..kejar rakit), night walk dan yang tak dpt dilupakan makan....cokkodok keras.... dalam hutan semuanya ok... Yang tak sedapnya depa berKaraoke...sesuatu yang tidak mudah 'Nature Guide' nak layan.
HARAPAN
Moga-moga Exco Pelancongan baru tidak lupakan Belum-Temengor. Nak tahu Royal Belum, kena datang naik bot, mesti kenal sekurang-kurangnya Sg. Kejar, Sg. Tiang, Kenarong, Kooi, Sg. Ruok & Sanctuari ikan, Bunga Rafflesia (Pakma), berbagai jenis kumbang & cendawan, Pokok Depu, Sira@Jenut, tengok bintang biru dalam air (nak tahu... kena night walk), Burung Rakit... BUKAN setakat jengok Jeti Banding sahaja. Saya pasti Jawatankuasa & semua ahli PPPTT akan bersemangat melayan YB sepertimana bersemangatnya PPPTT semasa menjadi host Kepada YAB Datuk Seri Zambri, Menteri Besar Perak dalam lawatan beliau ke Royal Belum.
...................................................................................................................
RENUNGAN Buat PANDUAN
Khusus Buat Pemimpin Kerana Mereka ADA AMANAH & TANGGONGJAWAB
HINGGA ke AKHIRAT.
Terima Kasih.... Ustaz Shihabuddin
...................................................................................................................
RENUNGAN Buat PANDUAN
Khusus Buat Pemimpin Kerana Mereka ADA AMANAH & TANGGONGJAWAB
HINGGA ke AKHIRAT.
Allah Berfirman, (Yaitu) ketika orang-orang yang diIkuti berlepas tangan dari orang-orang yang Mengikuti, dan mereka melihat azab, dan (ketika) segala hubungan antara mereka terputus.
Dan Orang-orang yang Mengikuti berkata, "Sekiranya kami mendapat kesempatan (kembali ke dunia), tentu kami akan berlepas tangan dari mereka, sebagaimana mereka berlepas tangan dari kami." Demikian Allah memperlihatkan kepada mereka perbuatan mereka yang menjadi penyesalan mereka. Dan mereka tidak akan keluar dari api Nereka.
Al Baqarah Ayat 166-167
An Nisa Ayat 139 & 144. (yaitu) orang-orang yang menjadikan orang-orang kafir sebagai pemimpin dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? ketahuilah bahawa semua kekuatan itu milik Allah.
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan orang-orang kafir sebagai pemimpin selain dari orang-orang mukmin. Apakah kamu ingin memberi alasan yang jelas bagi Allah (untuk menghukummu)
Allah Berfirman dalam Surah AlMaidah Ayat 57. Wahai Orang-Orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan pemimpinmu orang-orang yang membuat agamamu jadi bahan ejekan dan permainan, (yaitu) di antara orang-orang yang telah diberi kitab sebelummu dan orang-orang kafir (orang musyrik). Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu orang-orang beriman.
Allah Berfirman lagi, Dan mereka semua di Padang Mahsyar berkumpul untuk menghadap kehadirat Allah, lalu orang yang Lemah berkata kepada yang Sombong, "Sesungguhnya kami dahulu adalah pengikut-pengikutmu, maka dapatkah kamu menghindarkan kami dan azab Allah (walaupun) sedikit sahaja? Mereka menjawab, "Sekiranya Allah memberi petunjuk kepada kami, nescaya kami dapat memberi petunjuk kepadamu. Sama saja bagi kita, apakah kita mengeluh atau bersabar. Kita tidak mempunyai tempat untuk melarikan diri.
.....Ibrahim Ayat 21
Allah Berfirman lagi. (Ingatlah), pada hari (ketika) kami panggil setiap umat dengan pemimpinnya; dan barang siapa diberi catatan amalnya di tangan kanannya, mereka akan membaca catatan (dengan baik), dan mereka tidak akan dirugikan sedikit pun.
Al Israq Ayat 71
Allah Berfirman lagi. (Ingatlah), pada hari (ketika) kami panggil setiap umat dengan pemimpinnya; dan barang siapa diberi catatan amalnya di tangan kanannya, mereka akan membaca catatan (dengan baik), dan mereka tidak akan dirugikan sedikit pun.
Al Israq Ayat 71
Dan Allah Berfirman dalam Surah Al-Ahzab Ayat 66-68. Pada Hari (ketika) wajah mereka di bolak-balikkan dalam neraka, mereka berkata, "Wahai, kiranya dahulu kami taat kepada Allah dan Taat pula kepada Rasul."
Dan mereka berkata, "Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati para pemimpin dan para pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar."
Ya Tuhan Kami, timpakanlah kepada mereka azab dua kali ganda dan laknatlah mereka dengan laknat yang besar.
Dan mereka berkata, "Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati para pemimpin dan para pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar."
Ya Tuhan Kami, timpakanlah kepada mereka azab dua kali ganda dan laknatlah mereka dengan laknat yang besar.
0 comments:
Post a Comment