Wednesday, September 10, 2014

Royal Belum: Long Time No See








Saturday, July 12, 2014

Royal Belum. Major (R) My 'Kawan Lama@Kaki Pancing'

 
Mej (R) Chiew & Mr. Azmi the Fishing Guide
 
 
 
Mej... You caught these fishes ke?


..............................................................................................................................................

RENUNGAN Buat PANDUAN
 
Salam Ramadan & Selamat Berpuasa.  Ambillah kesempatan dengan sepenuhnya semua kurniaan Allah di Bulan Ramadhan ini.
 
1.  Sentiasalah Beristiqfar.
2.  Berdoa pada Allah
3.  Baca Quran
4.  Bersedekah


Thursday, May 1, 2014

Royal Belum: Fine Couple

 
A pair of Barking Deer spotted grazing beside the lake
 
 
Today is 1st May/Workers Day.  My dear Ikhwan....Don't ever forget, today is also the 1st Day of Rejab....Next is Sya'ban...then comes Ramadhan al-Mubaraq..... so be prepared


Tuesday, April 22, 2014

Royal Belum : Rejab Sudah Dekat

At-Taubah Ayat 36
Sesungguhnya jumlah bulan menurut Allah ialah Dua Belas bulan, (sebagaimana) dalam ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya ada empat bulan haram, itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menzalimi dirimu dalam (bulan yang empat) itu, dan perangilah kaum musyrikin semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya.  Dan ketahuilah bahawa Allah beserta orang-orang yang taqwa.
 
 
 
The Perak River in Royal Belum
 
 
9 Amalan di Bulan Rejab
 
1.   Menghidupkan malam awal bulan Rejab dengan Ibadah.
2.   Solat Sunat 20 Rakaat, 10 salam.  Sebaik-baiknya selepas solat magrib.
3.   Puasa Sunat, setidak-tidaknya 10 hari.
4.   Banyakkan Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
5.   Banyak Beristiqfar kepada Allah.
6.   Qiamullail/Solat malam.
7.   Banyak Bersedekah.
8.   Banyakkan Berzikir.
9.   Membaca AlQuran.  Elok juga jika di tambah dengan membaca Surah Al-Iqlas 12 kali sehari semalam di sepanjang Rejab.
 
Bila Rejab dah dekat...sudah tentu Syaaban & Ramadhan kian menghampiri kita...Bersedialah untuk merebut semua kurniaan Allah
 
 
Terima Kasih:  Ustaz T. Wahiddin



Saturday, April 12, 2014

Royal Belum: Peringatan Allah

A Jahai Father & Sons Fishing for Lunch in Royal Belum

 
Peringatan Allah di Surah Yunus Ayat 21-23
 
 
Ayat 21:   Dan apabila Kami memberikan suatu Rahmat kepada Manusia, setelah mereka ditimpa Bencana, Mereka segera melakukan segala tipu daya (menentang) Ayat-Ayat Kami.  Katakanlah, "Allah lebih Cepat Pembalasannya (atas tipu daya itu). "Sesungguhnya Malaikat-Malaikat Kami mencatat tipu dayamu."
 
Ayat 22:  Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat Berjalan di Daratan, (dan belayar) di Lautan.  Sehingga ketika Kamu berada di dalam Kapal, dan Meluncurlah (kapal) itu membawa mereka (orang-orang yang ada di dalamnya) dengan Tiupan Angin yang Baik, dan mereka Bergembira kerananya; tiba-tiba datanglah Badai dan Gelombang Menimpanya dari Segenap Penjuru, dan mereka mengira telah Terkepung (bahaya), maka Mereka Berdoa dengan Tulus Ikhlas kepada Allah semata. (Seraya berkata), "Sekiranya Engkau Menyelamatkan Kami dari (bahaya) ini, pasti Kami termasuk Orang-Orang yang Bersyukur."
 
Ayat 23:   Tetapi ketika Allah Menyelamatkan Mereka, malah mereka Berbuat Kezaliman di Bumi tanpa (alasan) yang Benar, Wahai Manusia! Sesunngguhnya Kezalimanmu Bahayanya akan Menimpa Dirimu Sendiri; itu hanya Kenikmatan Hidup Duniawi, selanjutnya kepada Kamilah kembalimu, kelak akan Kami kabarkan kepadamu apa yang telah kamu Kerjakan.
 
 Terima Kasih Cikgu Azmi

Tuesday, April 1, 2014

Royal Belum: Kelebihan Istiqfar & Bersedekah

 
Renungi Cerita Ustaz di dalam Tazkirah Magrib Tentang Keistimewaan Istiqfar mengenai Kisah Imam Ahmad Hambal dengan Si Pembuat Roti.
  
Pada suatu ketika Seorang Tua yang wajahnya berseri-seri  hendah menumpang tidur di sebuah masjid tetapi tidak di benarkan oleh Siak/Penjaga masjid.  Ketika itu lalu seorang Pembuat Roti dan melihat akan hal seorang tua yang wajah berseri-seri & Siak itu.  Si Pembuat Roti mempelawa Orang Tua itu untuk bermalam di rumahnya.
 
Setelah di jamu makan & berbual panjang Si Pembuat roti memohon diri daripada Orang Tua itu untuk beliau menjalankan urusannya menguli tepung membuat roti. Orang Tua terpegun melihat Si Pembuat roti itu menguli tepung sambil bibirnya terus beristiqfar sehinggalah selesai kerja beliau. 
 
Esok paginya Orang Tua itu bertanya kepada Si Pembuat roti tentang hal yang di lihatnya semalam. Kata Si Pembuat Roti, "Saya tidak pernah tinggal beristiqfar untuk membersihkan dosa-dosa saya, apatah lagi ketika membuat roti untuk dijual agar diberkati Allah".  Orang Tua itu bertanya, "Ada tak apa-apa perkara atau kehendak kamu yang engkau belum dapat?  Si pembuat Roti menjawab, "Allah telah kurniakan kepadaku semua yang aku pohon padaNya kecuali satu sahaja lagi". Tanya Orang Tua itu lagi, "Apa kah yang belum diperolehi itu?"  Jawab Si Pembuat Roti, "Aku memang sangat-sangat berhajat untuk bertemu, bersemuka & berbual dengan Imam Ahmad".  Orang Tua itu menjawab: "Akulah Imam Ahmad".
 
 Hunting for Giant Snakehead in Royal Belum
 
 
Cerita di atas adalah mengenai kelebihan Beristiqfar iaitu memohon keampunan dari Allah Serta kelebihan Bersedekah.
 
Dengan Beristigfar/Bersedekah dapat mensucikan hati, mencegah turunnya azab, ditunaikan hajat, dapat mendatangkan rezeki, isteri/suami menjadi tenang, mendapat zuriat, menyembuhkan penyakit, turunnya hujan, menyebabkan seseorang masuk syurga 
 
 
Renungi dan Hayati Firman Allah dalam Surah Nuh ayat 10-13
 
Ayat 10:  Maka aku berkata (kepada mereka), "Mohonlah ampunan kapada Tuhanmu, sungguh Dia Maha Pengampun.
 
Ayat 11:  Nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu.
 
Ayat 12:  Dan Dia memperbanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu.
 
Ayat 13:  Mengapa kamu tidak takut akan kebesaran Allah?"
 
 Terima Kasih USTAZ...

Tuesday, March 25, 2014

Royal Belum: MH370 Ended It's Flight In The Indian Ocean

 
You are supposed to cross the South China Sea for Beijing...WHY Indian Ocean?????????????????  Only ALLAH knows



Last Message...
 
 

MH370 sepatutnya ke Beijing.......Mengapa ke Lautan Hindi??????????????????????     Hanya Allah yang Mengetahui


Berusahalah untuk Mencari dengan apa cara sekalipun Dan Mohonlah Bantuan ALLAH,  InsyaAllah akan dipermudahkan semua urusan.


.....Dan jika ALLAH menimpakan sesuatu bencana kepadamu, tidak ada yang dapat menghilangkannya selain DIA.  Dan jika DIA mendatangkan kebaikan kepadamu, maka DIA mahakuasa atas segala sesuatu....al-An'am, ayat 17

.....Dan DIAlah yang berkuasa atas hamba-hambaNya.  Dan DIA Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui.....al-An'am, ayat 18
 

Monday, March 10, 2014

Royal Belum: #DOABUATMH370 (080314).

#PRAY FOR MH370....Berbagai usaha telah dan sedang dilakukan untuk mengesan MH370 dengan bantuan kecanggihan sains & teknologi namun sehingga kini masih belum berhasil.  Kembalilah kepada Yang Maha Pencipta ...yang mencipta sains & teknologi itu...Allah Taala.  Mohon dan terus memohon....ALLAH pasti akan kabulkan.  Hanya Allah yang mengetahui segala-galanya.
 
Istiqfar & mohon bantuan ALLAH.  InsyaAllah semuanya akan di permudahkan.
 
 
080314 (Day 1 - Saturday): Malaysian Airlines' Boeing 777, Flight MH370 disappeared on route to Beijing from KLIA
 
150314 (Day 8 - Saturday): PM's PC - confirmed...MH370 made AIR TURN BACK.  SAR in the South China Sea stopped and concentrated in the Northern Corridor ....countries to the north until Kazakstan and the Southern Corridor ...Indian Ocean
 
201314 (Day 13 - Thursday): Announced by the Australian Prime Minister... 2 objects which can be from MH370 spotted by satellite in the Indian Ocean +-2500 km off Perth, Australia.
 
220310 (Day 15 - Saturday): Astro Awani... China's satellite spotted an object 22.5m long & 13m wide, 120km west of the objects spotted by the Australian satellite in the Southern Corridor.
 
240314 (Day 17 - Monday):  PM's PC (2200hrs). MH370 last position was to west of Perth & ended it's flight in the south of the Indian Ocean.  Syukur Alhamdulillah..ALLAH had given us the answer to our worries..... where & what had happened to the plane?  Condolence to family members.
 
060414 (Day 30 - Sunday): TV News & Daily News.  Air Marshal (R) Angus Houston confirmed  China's Haixun 01 received 2 equastic signals,  Australian Ocean Shield also received the same signal 300 nautical miles from the Chinese ships. InsyaAllah the Black Box of MH370 is nearer to answer the tragedy & all the speculations.  Only ALLAH knows. 
 
 
......................................................................................................................................
 
 
                                                     RENUNGAN Buat PANDUAN 1
 
....MUSIBAH adalah:...
1.   Peristiwa            )
2.   Kejadian            )  Bersifat Negatif 
3.   Yang menimpa )
 
MUSIBAH berlaku kerana ada kesalahan atau ada salah orang DAN pada Istilahnya:  Peristiwa yang terjadi yang menimpa seseorang atau sekelompok orang yang bersifat negative pada badannya, akalnya, hatinya yang tidak menyenangkan atau menenangkan.
 
Mengikut Imam Ghazali, Musibah terjadi kerana:...
1.   Sebagai ujian, cabaran atau dugaan Allah.
2.   Teguran, peringatan & amaran Allah.
3.   Bala & seksaan Allah kepada kita kerana Allah marah & benci kepada kita.
 
Oleh itu, SECARA UMUMNYA Segala musibah yang berlaku di Negara kita sekarang ini adalah BALA daripada ALLAH.
 
Musibah-Musibah yang Sedang menimpa Negara kita yang Tercinta ialah:...
1.   Kemarau.
2.   Cuaca Panas...lebih panas daripada biasa.
3.   Air di empangan-empangan kita surut.
4.   Catuan air terpaksa di lakukan.
5.   Kebakaran & Jerebu bukan hanya daripada negara jiran tetapi dari dalam negara kita sendiri
6.   Penyakit....demam denggi lebih merebak.
7.   Pesawat hilang....sehingga hari ini 230314 masih belum di temui
8.   Berlakunya kejadian-kejadia mensyirikkan Allah & mempercayai perkara-perkara yang karut.   Kalimah Allah eksklusif bagi umat Islam mahu di pertahankan tetapi kepercayaan kepada yang karut marut masih mahu di laksanakan.
9.   Konsert Maut.... 6 maut ...4 adalah Islam.  Ketika semua bersedih dek kehilangan pesawat dengan penumpang serta krew, masih ada yang berhibur secara melampau.
10.  Munculnya individu & kumpulan anti hadis yang boleh memesongkan akidah.
 
Langkah-langkah yang patut kita ambil apabila berlakunya Musibah
1.   Muhasabah diri....mengapa ianya terjadi
2.   Banyak-banyak bertaubat & Istiqfar.
3.   Beriktiar & usaha...amal maaruf & nahii mungkar
4.   Doa pada Allah
5.   Tawakkal pada Allah
6.   Banyak-banyak bersabar
7.   Redho akan takdir Allah
 
Islam itu lengkap....Sains & teknologi canggih masih ada penciptanya...kembalilah kepada Allah....Berdoa dan memohonlah pada Allah Maha Pencipta di samping berusaha
 
                                                TERIMA KASIH.... Ust Shihabuddin

 
 

                                                   RENUNGAN Buat PANDUAN 2
 
Ada 5 Unsur Asas bagi kehidupan Manusia yang di kurniakan Allah Kepada kita.  Jika masih belum bersyukur dan melupakan ALLAH, bersifat munafik, sombong diri, bongkak, bangga diri, taqbur, bermegah-megah, hidup penuh dengan maksiat dll dan ALLAH tarik sedikit nikmat salah satu unsur ini maka akan membuat manusia terkapai-kapai di bumi NYA ini.  Unsur-unsur tersebut ialah air, udara, makanan, kesihatan dan kehidupan.
 
Terima Kasih  Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al- Makki
 


Saturday, March 1, 2014

Royal Belum: Oh Air.. Kering...Kemarau & Solat Sunat Istisqa

 
RENUNGAN Buat PANDUAN
 
Air adalah  sebahagian daripada keperluan asas bagi semua makluk Allah.  Air memberikan tenaga, kesegaran, kehijauan dll.  Oleh itu, Air adalah Nikmat & Rezeki yang di kurniakan ALLAH kepada hamba-hambaNYA. Nikmat & Rezeki boleh di tarik balik oleh ALLAH pada bila-bila masa sahaja.  
Cuba renungkan mengapa Rezeki & Kenikmatan di tarik balik oleh ALLAH..!  Semuanya disebabkan oleh kemungkaran, maksiat, sombong diri, bangga diri, dosa dan melupakan ALLAH oleh hamba-hambaNya ketika senang. 
Dibiarkan bumi kering seketika...sudah mengakibatkan bercelaru urusan kehidupan hamba-hambaNYA. 
Oleh itu kepadaNyalah kita perlu kembali memohon.  Solat Minta Hujan atau Solat Sunat Istisqa  adalah usaha terbaik bagi hamba-hambaNya merintih & memohon agar hujan & air yang sangat-sangat diperlukan di kurniakan kepada kita.  Rintihan & doa yang Ikhlas mesti didahului dengan mengaku segala kesalahan kita, segala dosa kita, segala kemungkaran kita, segala maksiat yang telah di lakukan.  Beristigfarlah semoga ALLAH mengampunkan dosa-dosa kita....Setelah itu barulah kita secara berjamaah solat Istisqa mohon segalanya daripada ALLAH dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. 
 
ALLAH maha Pengasih & maha Penyanyang.  IsnyaAllah akan di makbulkan
 
Terima Kasih... S.F Haji Mohamad Mustafa bin Mohd Sidin   

 

Thursday, February 20, 2014

Royal Belum...Onederful Houseboat For You


Onederful Houseboat in Belum-Temengor


For more Info & Booking, Contact
Faridzul@Along
Email: faridzulatras3451@gmail.com
hp : 012 - 4592680

Sopie
Email : sofie9596@gmail.com
hp : 013 - 4077175

 .............................................................................................................................

RENUNGAN Buat PANDUAN

Perkara-perkara Yang Wajib di Jaga Oleh Seseorang Muslim Terhadap Seseorang Muslim Yang Lain Dari Segi Akhlak...

1.   Janganlah saling hasad menghasad/Dengki Mendengki.
2. Janganlah saling Benci Membenci/ Marah Memarahi.  Seseorang yang Kuat itu ialah yang dapat menahan kemarahannya.
3.  Janganlah Tambah Menambah di dalam Jual beli.
4.  Jangan cakap Belakang.
5.  Janganlah suka unpat mengumpat.  Jadilah hamba Allah yang bersaudara.

Haram Bagi Seseorang Muslim Terhadap Seseorang Muslim Yang Lain.
1.   Haram Darahnya.
2.   Haram Harta Bendanya.
3.   Haram Maruah & Harga Dirinya.

Mengumpatlah ia Jika...
1.   Dengan Lisan atau tulisan.
2.   Cerita Tentang Keburukannya.
3.   Bercakap di Belakang.     
4.   Sudah atau Sedang Berlaku.
5.   Marah jika didengar Orang Yang Diumpat.
6.   Tidak ada Tujuan umpatan.
7.   Untuk Menjatuhkan Maruah.
8.   Sengaja atau disedari. 

Jangan di Benci@Marah Pada Orangnya tapi pada Perangainya...Jangan diumpat Orangnya tapi Umpatlah pada Kezalimannya.


Terima Kasih... Ustaz Shihabuddin 
 

Friday, February 14, 2014

Royal Belum ..... Beware




When You Are in Royal Belum......Beware of these........


...........................................................................................................................
 
RENUNGAN BUAT PANDUAN

Hubungan kita dengan Allah tiada Batasannya.  Kita bila-bila masa sahaja boleh Berhubung dengan Allah tanpa Melalui Orang Tengah.  Tidak kira Siapa Kita, Orang Miskin kah kita.... Orang Kayakah kita.... Berpangkatkah kita.... Ada Kedudukankah kita.... Orang Hitamkah kita.... Orang Putihkah kita.... Orang Alimkah kita.... Orang Jahilkah kita.... Orang Pandaikah kita.... Orang Bodohkah kita.... Sihatkah kita....Sakitkah kita.  ALLAH tidak memilih sesiapa untuk Berhubung dengan NYA

Tidak kira di mana kita berada.... Di Utarakah kita.... Di Selatankah kita.... Di Bandarkah kita.... Di Kampongkah kita.... Di Hutankah kita.... Di Istanakah kita.... Di Bangalowkah kita.... Di Rumah Papankah kita..... Di Pondok kah kita..... Tidak ada halangan & Rintangan untuk kita Berhubung dengan ALLAH

Tidak kira dalam keadaan apapun.... Malam.... Siang....Bising.... Riuh....  Sunyi....Sepi.  Kita boleh Berhubung dengan ALLAH

Solat.... Zikir.... Doa...Minta apa sahaja dengan Tulus, Ikhlas & Bersungguh-Sungguh...ALLAH pasti akan memakbulkan doa & Permintaan kita...tidak di Dunia, pastinya di Akhirat....InsyaAllah. INDAHNYA ISLAM 

Terima kasih..... Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki

Saturday, January 11, 2014

Royal Belum: Selamat Tahun Baru Masehi 2014


Hope it's not too late to wish Happy New Year 2014.  Selamat menyambut Tahun Baru Masehi 2014 dengan azam dan harapan yang baru.  Sebagai seorang Muslim tidak salah menyambut & berazam untuk tahun baru Masehi walaupun ianya bukannya kepunyaan kita dengan SYARAT:
1.  Niat yang kuat.
2.  Bukan pada benda yang mustahil@tak rasional.
3.  Mampu untuk dilaksanakan.
4.  Bukan perkara2 yang melanggar syariat.
5.  Ada usaha untuk merealisasikannya.

DAN mengikut 10 perkara yang wajib di azamkan.
1.  Berazam daripada keduniaan untuk akhirat.
2.  Berazam daripada mengumpul kekayaan dunia kepada beramal.
3.  Berazam daripada dosa kepada pahala.
4.  Berazam daripada kekufuran kepada kesyukuran.
5.  Berazam daripada benda2 yang haram kepada benda2 yang halal.
6.  Berazam daripada kebatilan kepada kebenaran.
7.  Berazam daripada bakhil kepada pemurah.
8.  Berazam daripada malas kepada rajin.
9.  Berazam daripada kejahilan kepada berpengetahuan, daripada tak tahu kepada tahu.
10. Berazam daripada permusuhan kepada persaudaraan.

KERANA Berazam itu ada kelebihannya:
1.  Dengan berazam akan ada semangat dan akan diberi Allah semangat & kekuatan.
2.  Untuk diberikan kemudahan jalan@laluan untuk mencapainya.
3.  Akan di nilai Allah sebagai pahala.  InsyaAllah

Sekian Untuk Renungan & Panduan Bersama

                                          TERIMA KASEH,. Ustaz Shihabuddin 


MALAM INI (18/01/14) USTAZ KAZIM ALIAS BERADA DI SURAU ITTIHADIYAH, SEK 9, SHAH ALAM.
Ustaz mengajak semua menunjukkan kecintaan kepada Nabi Muhammad S.A.W dan menyambut hari kelahirannya dengan mengikut segala Sunnah dan Ajaran Nabi.  Beliau juga mengajak semua menunaikan tanggongjawab sebagai pendakwah iaitu pendakwah yang menyukakan orang bukan yang menghukum orang.  Alunan lagu digemari para hadirin....lagu Hindustan...."POLISTEMBAKTARAKKENA"